Tempah segera 40 peranti Starlink ambil kira keperluan mendesak universiti, sekolah, kata Anwar
Perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata kos bagi satu peranti itu dianggar antara RM10,000 ke RM15,000.
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim berkata “pesanan segera” 40 peranti satelit Starlink dianggar bernilai RM10,000 ke RM15,000 seunit bagi mempercepat akses internet stabil kepada pelajar universiti dan sekolah.
Anwar, yang juga menteri kewangan berkata langkah berkenaan penting mengambil kira keperluan mendesak golongan itu yang “sedang menunggu”.
“Orang kata Anwar ‘order’ (pesan) tak payah tender, ini yang saya kata haprak. Ni (ini) orang dok (tengah) tunggu bukan puluh-puluh ribu satu…USD2,800 atau less (kurang).
“Saya kira dalam RM10,000 ke RM15,000 satu, untuk kegunaan anak-anak di universiti dan sekolah,” katanya ketika berucap Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang, Seberang Jaya, malam tadi.
Kelmarin, Anwar dalam perbincangan maya dengan pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk, membuat keputusan menempah 40 peranti satelit Starlink bagi kegunaan universiti, kolej dan sekolah di seluruh negara.
Starlink adalah peralatan komunikasi satelit dari SpaceX yang menyediakan rangkaian internet menerusi beberapa satelit SpaceX di orbit bumi rendah.
Anwar berkata Starlink juga boleh digunakan untuk meningkatkan liputan internet di kawasan pendalaman.
Bagaimanapun, peralatan itu akan dipasang di institusi pendidikan terlebih dahulu sebelum diperkenalkan di lokasi lain.
Dalam pada itu, Anwar berkata tiga syarikat Malaysia akan terlibat dalam SpaceX.
Beliau telah mengarahkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, membantu tiga syarikat itu.
“Ini bagi membawa Malaysia sebagai pembuat komponen penting untuk SpaceX,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source