Selang sejam, warga emas & anak tiri didakwa ‘ratah’ remaja perempuan dalam kereta
Hari ini, seorang warga emas dan anak tirinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar, Johor atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di dalam sebuah kereta di Kluang, enam tahun lalu.
Memetik laporan Astro Awani, tertuduh berusia 77 tahun yang berkerusi roda dan anaknya, 21 tahun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada jam 5.15 petang, 25 Mei 2017 di mana anak lelakinya yang bekerja sebagai penghantar barang didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun di Jalan Kinabalu, Kluang, Johor.
Manakala, warga emas berkenaan yang juga bapa tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa yang sama selang sejam di kawasan lapang di Kampung Abdul Rahman Yasin, Kluang pada pukul 6 petang di dalam kereta dan hari yang sama.
“Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 kali sebatan,”menurut laporan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 Ogos bagi sebutan semula kes selepas dua beranak gagal membayar ikat jamin, masing-masing sebanyak RM12,000 dan RM15,000 dan menyebabkan mereka dibawa ke lokap reman.
Kes perbicaran bagi pertuduhan tersebut sememangnya mendapat perhatian ramai di mana rata-rata warganet meluahkan rasa berang apabila seorang lelaki yang sudah berusia didakwa atas melakukan perbuatan terkutuk terhadap seorang remaja bawah umur.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source