Harut dan Marut, Malaikat Jadi Manusia
Pada zaman Nabi Idris (AS), para malaikat kehairanan melihat nikmat-nikmat syurga yang banyak diberikan kepada orang soleh. Justeru, dua malaikat bernama Harut dan Marut sanggup ditukarkan menjadi manusia untuk membuktikan mereka pun mampu lulus ujian di dunia dan diberikan nikmat syurga.
Allah ubah mereka jadi manusia dan diberikan nafsu syahwat.
Allah ingatkan mereka: “Jauhi empat dosa besar iaitu menyembah berhala, menumpahkan darah, minum arak dan bergaul dengan yang haram.”
Pada awalnya, Harut dan Marut mencontohi kesungguhan ibadah yang ditunjukkan Nabi Idris. Mereka berdakwah selana 3 hari dan beribadah tanpa henti selama 4 hari. Seminggu kehidupan mereka dihabiskan dengan pengabdian kepada Allah.
Suatu hari, Allah menguji mereka dengan perempuan cantik. Seorang wanita bernama Zahrah telah mempesonakan mereka dengan keanggunannya. Akibat gejolak nafsu syahwat yang tak pernah mereka rasakan sebelum ini, mereka mengajak Zahrah untuk berzina. Perempuan itu memberi alasan: “Aku sudah mempunyai seorang suami. Jikalau engkau menginginkan aku, bunuhlah dia!”
Harut dan Marut tidak berfikir panjang. Kerana turutkan nafsu, mereka membunuh seorang lelaki yang tidak bersalah.
Setelah itu, mereka mengajak Zahrah untuk memuaskan keinginan bersama. Zahrah memerintah lagi: “Sembahlah Tuhanku ini kerana aku tidak ingin mengingkarinya. Jika engkau merasa berat, cukup dengan sujud sekali sahaja.” Kerana terlalu larut dengan perasaan, mereka sujud kepada berhala seperti yang diminta Zahrah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Zahrah meminta sekali lagi perkara yang terlarang. “Minumlah arak denganku”, pintanya. Kali ini, Harut dan Marut melakukan lagi dosa besar yang dilarang Allah. Mereka gagal membuktikan diri mereka mampu untuk taat kepada Allah seperti orang soleh yang layak ke syurga.
Allah menghukum Harut dan Marut dengan diikat secara terbalik di bawah bumi. Mereka berdua terus diseksa sampailah ke hari kiamat. Itulah balasan kepada makhluk yang derhaka kepada Tuhan. Makna kata, menjadi orang soleh yang layak ke syurga bukanlah suatu hal yang mudah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source