Mak nyah kembali kepada fitrah, nikahi bekas pengkid
Pasangan mak nyah dan pengkid akhirnya kembali kepada fitrah, sebelum selamat disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Ulu Remis di Kluang, Johor pada 15 Julai lalu.
Menurut laporan mStar, Adam, 40, mengakui gementar sehingga menyebut lima kali lafaz sebelum bergelar suami kepada Nurazearah Fateha atau Yan, 22.
@therealdannyqaseh Kami husband n wife.. Alhamdulillah #fyp #truelove #love #wedding #bigday #DannyYanQaseh @anyooo🐢 @q @dannyqaseh1
Bercerita lanjut, Adam atau mesra dipanggil Danny berkata, dia menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin emas kepada isteri namun merahsiakan jumlah wang hantaran.
“Sepatutnya segala urusan dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan. Tapi saya dan Yan baru je kenal lima hari terus nak kahwin, jadi masa memang singkat.
“Tapi saya bersyukur setelah lebih kurang sebulan setengah berkenalan dan melakukan persiapan, kami berdua akhirnya disatukan juga.
“Saya dan Yan sangat lega dengan ketentuan Allah ini apabila majlis perkahwinan berlangsung dengan baik,” katanya.
@therealdannyqaseh ♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind
Usahawan bisnes salun rambut di Ampang, Selangor itu berkata, mereka berdepan pelbagai cabaran dalam melakukan persiapan apatah lagi terlalu awal mengumumkan pernikahan di media sosial.
“Kedua-dua belah keluarga sebelum ini memang terkejut besar apabila kami beritahu nak berkahwin. Walaupun pada mulanya saya sendiri tak pasti, tapi semua itu rahsia Allah.
“Siapa sangka selama ni memang saya tak ada niat nak kahwin tapi Allah jentik hati supaya memiliki kehidupan lebih sempurna dengan alam berumah tangga.
“Bagi kami berdua sebenarnya keputusan untuk disatukan ini sudah cukup menunjukkan cinta sejati kami yang sebenar,” ujarnya menafikan ia adalah konten semata-mata.
@therealdannyqaseh terima kasih @anyooo🐢 #love #fypシ #fyp
♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind
Berkongsi mengenai fasa rumah tangga, Danny berkata mereka masih dalam proses menyesuaikan diri selain bersyukur dapat menunaikan solat jemaah bersama isteri tersayang.
Tambah Danny lagi, dia berharap hubungan halal itu menjadi bukti berhubung keinginnanya untuk berubah ke arah lebih baik berbanding sebelum ini.
@therealdannyqaseh Terima kasih cinta @anyooo🐢 @q @therealdannyqaseh2 #truelove #fyp #love
♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind
“Kami menginginkan satu kehidupan normal sebagai suami isteri. Saya kini menjadi seorang yang lebih kepada lelaki dan Yan pun sama… banyak berubah menjadi lebih wanita.
“Jadi saya tak faham juga macam mana boleh timbulnya tuduhan mengatakan saya cuba buat publisiti murahan sedangkan saya bukan berniaga online yang kena buat marketing. Saya kongsikan kehidupan saja.
“Sejujurnya memang rasa malu untuk tidur bersama sebab ini pertama kali tidur dengan wanita yang saya cintai. Tapi saya rasa selesa dengan Yan… orang yang berkahwin akan fahamlah,” tambahnya.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source