Katana, Mengungkap Jalan Rahsia Milik Samurai
Dulu-dulu bila kita tengok samurai pakai pedang, mesti kita sebut ni pedang samurai. Pedang ni pun ada nama dia iaitu Katana.
Macam mana boleh terciptanya Katana ni?
Sebelum Jepun buat Katana pertama, pedang-pedang dibawa masuk dari China dan Korea.
Sekitar akhir abad ke-10, Jepun putuskan hubungan dengan 2 negara tu dan mula berdiri sendiri. Samurai pertama Jepun pun muncul dan mereka perlukan pedang untuk Samurai-Samurai ni.
Pada awal nya, pedang Samurai ni lurus dan tak melengkung seperti kebanyakkan pedang lain di dunia. Dan ia dipanggil Chokuto, yang mempunyai pengaruh dari China & Korea.
Kemudian datang seorang tukang besi, bernama Amakuri yang mencipta pedang baru yang dikenali sebagai Tachi.
Samurai mula menggunakan pedang melengkung. Pedang mereka semakin berevolusi sehinggalah pencerobohan Kublai Khan ke atas Jepun yang menjadi inspirasi untuk pembuatan pedang yang sesuai digunakan diruang sempit seperti di dalam istana. Memandangkan ketika pencerobohan Mongol ketika itu banyak Istana di serbu dan Tachi terlalu panjang untuk diguna ketika perlawanan.
Pada era Muromachi, barulah Wakizashi (pedang Tachi yang ditambah baik), Uchigatana (pedang yang lebih pendek) muncul. Penjualan pedang Jepun mencapai puncaknya pada era tersebut sehinggakan sekitar 200,000 pedang dikirimkan ke Dinasti Ming di China sebagai bentuk pertukaran rasmi yang bertujuan untuk membanteras lanun di wilayah tersebut.
Seiring perang yang terus menerus, pedang Uchigatana ni berkembang menjadi katana yang kita kenal selama ini. Pedang ni hampir menggantikan Tachi sebagai senjata utama bagi samurai.
Permintaan yang tinggi untuk membuat Katana pada tahun 1500-1700-an menyebabkan Tachi semakin kurang pembuatannya.
Sayangnya, seni pembuatan pedang pun perlahan merundum seiring masuknya serbuk letupan dan digunakannya senapang sebagai senjata utama di tanah Jepun.
Menuju akhir era Muromachi, Keshogunan Tokugawa memulakan mandat kepada semua Samurai untuk memaparkan status kelas Samurai mereka dengan memperagakan Daisho, yakni berpasangkan pedang panjang (Katana, Uchigatana) dan pedang pendek (Wakizashi).
Keduanya sangat praktikal untuk dibawa ke mana dan apa juga situasi, bahkan dianggap sebati dengan jiwa untuk setiap Samurai.
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
___
Baca pasal Katana pun dah teruja, korang mesti akan terpikat untuk baca lebih dalam berkenaan sejarah Jepun seperti era Sengoku, Edo dan Meiji bersama KITAB TAMADUN JEPUN. Buku ni menjadi pintu gerbang bagi anda menuju ke masa lalu Jepun yang memukau!
Dapatkan segera di: https://bit.ly/KitabTamadunJepunShopee
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source