Melaka Pindah Pergi Mana? – The Patriots
Jalan-jalan nak pergi Melaka,
Melaka Pindah..
Pernah tak korang dengar nama tempat ni? Tempat ni masih dalam Melaka tapi pelik pulak nama dia. Melaka Pindah nak pergi mana?
Mana datang nama Melaka Pindah ni?
Kampung Melaka Pindah antara salah sebuah mukim yang paling hilir dalam lingkungan wilayah Naning. Masyarakat tempatan percaya Kampung Melaka Pindah wujud bila berlakunya perpindahan secara besar-besaran para pembesar Kesultanan Melayu Melaka ekoran serangan pihak Portugis pada tahun 1511.
Datuk Paduka Seri Maharajalela, seorang Pembesar Kerajaan Melayu Melaka berundur ke hulu sungai Melaka bersama pengikut-pengikutnya sehingga tiba di sebuah kawasan bernama Kuala Sempit setelah Melaka diserang Portugis.
Bantuan yang diterima Datuk Paduka Seri Maharajalela dan pengikutnya bagi menentang laskar-laskar Portugis kebanyakannya adalah askar-askar daripada Naning.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Gabungan saki-baki askar Melaka di bawah pimpinan Datuk Paduka Seri Maharajalela dan askar Naning telah berjaya mengalahkan pihak Portugis lalu menyebabkan askar Portugis berundur ke Melaka.
Gabungan tentera Melaka dan askar bersekutu Naning menyebabkan laskar Portugis tidak mampu meneruskan serangan dibahagian hulu Melaka.
Malangnya mereka telah dikalahkan oleh angkatan tentera Portugis pada bulan Julai 1511.
Pengikut Datuk Seri Paduka Maharajalela telah membuat perkampungan di persempadanan diantara wilayah kekuasaan Kesultanan Melaka dengan Naning.
Beliau yang dibantu oleh Panglima Datuk Paduka Tuan, Panglima Datuk Debor dan Panglima Datuk Si Kudong telah membuka dan menetap di Kampung Melaka Pindah sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada bulan Julai 1511 dan disemadikan di kampung ini.
Maka disebabkan perpindahan ini kampung ini telah diberi nama Kampung Melaka Pindah.
Oleh: Azizul Farhan
…
Nak tahu banyak lagi fakta menarik sepanjang wujudnya Kesultanan Melaka? Dapatkan TASJIL ANIS SALATIN: RAHSIA AGUNG MELAKA di Shopee kami segera!
https://bit.ly/TASMelaka
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source