Pembatalan Baki 2 Hari Good Vibes Festival 2023, Bayar Ganti Rugi Kepada Pembeli Tiket – Fahmi Fadzil
Insiden gelagat dan kenyataan tidak senonoh lagi biadap kumpulan The 1975 pada hari pertama acara Good Vibes Festival, malam tadi telah memaksa Kementerian Komunikasi & Digital untuk mengarahkan pembatalan serta-merta acara tersebut yang masih berbaki dua hari.
Menerusi ciapan menterinya, YB Fahmi Fadzil tengah hai tadi, beliau memaklumkan telah memanggil pihak penganjur, Future Sound Asia pada hari ini bagi membincangkan hal tersebut dan mengeluarkan arahan sewajarnya.
“Ingin saya tegaskan, pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas. Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekehkan serta melanggar undang-undang Malaysia.
“Justeru saya telah mengarahkan PEMBATALAN SERTA MERTA baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai. Saya faham keputusan ini akan memberi implikasi kepada penonton yang telah membeli tiket. Sehubungan itu, saya juga telah menggesa penganjur untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket,” catatnya.
Kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara.
Walau bagaimanapun, jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan.
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) July 22, 2023
Dalam pada itu, pihak penganjur dalam satu kenyataan lewat malam tadi memaklumkan pihaknya kesal dengan tindakan vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy yang tidak mematuhi garis panduan persembahan yang ditetapkan.
Mereka juga kesal persembahan berkenaan terpaksa dihentikan separuh jalan dan memahami kekecewaan penonton yang sebahagiannya membeli pas 1-Hari semata-mata untuk menyaksikan The 1975 melakukan persembahan buat julung kalinya di Malaysia.
“Good Vibes Festival akan diteruskan seperti jadual dan kami tidak sabar menantikan kehadiran anda pada hari Sabtu dan Ahad.
“Bagi anda yang telah hadir pada hari Jumaat, 21 Julai 2023, kami memahami kekecewaan anda. Sekiranya anda mempunyai gelang tangan 1-Hari festival bagi hari Jumaat, anda kini boleh menghadiri festival ini sama ada pada hari Sabtu atau Ahad.
“Tunjukkan sahaja gelang tangan 1-Hari Jumaat di pintu utama untuk dibenarkan masuk. Kami berharap akan bertemu anda lagi,” kata kenyataan media berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Cium Sesama Jenis, Bawa Botol Arak.. Slot Konsert The 1975 Di Sepang Penuh Drama Hingga Terpaksa Dihentikan – REMAJA
KEMAS KINI
Berikut merupakan kenyataan rasmi yang baru sahaja dikeluarkan oleh penganjur acara tahunan #GoodVibesFestival 2023, Future Sound Asia.
Setelah duduk berbincang dengan Kementerian Komunikasi & Digital tengah hari ini, mereka akur dengan keputusan untuk membatalkan baki 2 hari acara tersebut yang sepatutnya berlangsung pada hari ini dan esok.
Biarpun penganjur cuba memberikan alternatif terbaik kepada pembeli pas 1-Hari Jumaat dengan menawarkan kemasukan percuma pada hari Sabtu atau Ahad, namun keputusan tegas oleh pihak kerajaan ini terpaksa diterima.
Tambah malang lagi, ini merupakan ulang tahun penganjurannya yang ke-10 di Malaysia.
Tinjauan REMAJA di bahagian komen rata-rata meminta agar penganjur menyaman kumpulan The 1975 yang todak mematuhi garis pandian persembahan yang ditetapkan dengan berkelakuan tidak senonoh di atas pentas selakn mengeluarkan kata-kata cacian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source