Batalkan Persembahan Di Indonesia & Taiwan, Vokalis The 1975 Umum Pulang Terus Ke UK
Susulan aksi kontroversi kumpulan alternatif rock Inggeris, The 1975 di Litar Antarabangsa Sepang bersempena acara Good Vibes Festival 2023 Jumaat lalu sehingga terpaksa dihentikan, mereka mengumumkan mengundurkan diri daripada menjayakan festival muzik di dua buah negara Asia lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Cium Sesama Jenis, Bawa Botol Arak.. Slot Konsert The 1975 Di Sepang Penuh Drama Hingga Terpaksa Dihentikan – REMAJA
Ia termasuklah di festival muzik We The Fest 2023 di Jakarta, Indonesia yang sepatutnya berlangsung pada hari ini, 23 Julai dan konsert The 1975 Live in Taipei 2023 yang dijadualkan pada hari Selasa, 25 Julai.
Pengumuman itu telahpun dilakukan menerusi akaun Instagram We The Fest pada tengah hari tadi.
“Dengan rasa kesal, kumpulan 1975 telah mengumumkan bahawa persembahan mereka yang akan datang di Jakarta dan Taipei tidak akan diteruskan mengikut jadual.
“Tidak mudah untuk kumpulan ini mengambil keputusan untuk membatalkan persembahan sewenang-wenangnya dan amat teruja untuk bertemu peminat di Jakarta dan Taipei. Bagaimanapun, malangnya disebabkan situasi kini, adalah mustahil (bagi kami) meneruskan jadual persembahan yang ada.”
“Terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan anda,” catat memo yang ditanda tangani oleh The 1975 itu.
Susulan muat naik hantaran itu, penganjur We The Fest segera mengumumkan rapper, FERG sebagai pengganti slot konsert The 1975.
*
Menerusi akaun peribadinya, vokalis kumpulan tersebut, Matt Healy memberi gambaran beliau dan ahli yang lain kini bersiap-sedia untuk pulang semua ke United Kingdom setelah menamatkan siri jelajah di benua Asia.
Terdahulu, mereka telah melakukan persembahan di Sands Expo & Convention Centre, Singapura 18 Julai lalu sebelum bertandang ke Sepang, Malaysia.
Tinjauan REMAJA ke akaun Instagram dan Twitter rasmi The 1975 memperlihatkan sentimen tidak puas hati yang masih dirasai oleh para peminat muzik tempatan setelah acara Good Vibes Festival 2023 dibatalkan serta merta oleh Kementerian Komunikasi & Digital akibat salah laku Matt Healy di hadapan ribuan penonton yang hadir ke Litar Antarabangsa Sepang.
Ini termasuklah merosakkan harta benda (drone) milik penganjur, meludah, menghisap rokok, mengambil minuman keras berulang kali, bercium dengan pemain bass dan menghina undang-undang berkenaan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBTQ+).
Antara selebriti tempatan yang tampil bersuara termasuklah David Choi, Bunga, Siti Khadijah Halim, Izzue Islam, Mark O’Dea, Amir Hasan, Intan Serah dan ramai lagi.
Sementara itu, isu pembatalan acara Good Vibes Festival dan pengharaman The 1975 daripada melakukan persembahan di Malaysia juga turut dilaporkan oleh media antarabangsa termasuklah The Independent, BBC, Bloomberg, ABC Australia, Reuters, The Guardian, Today online, Rappler, Al Jazeera dan Nikkei Asia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source