Aksi Cium Sesama Jenis, Bawa Botol Arak.. Slot Konsert The 1975 Di Sepang Penuh Drama Hingga Terpaksa Dihentikan
Kemunculan kumpulan pop rock Inggeris, The 1975 di acara Good Vibes Festival yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat tegar mereka memandangkan ini merupakan kali pertama kumpulan tersebut bertandang ke Malaysia.
Begitupun, The 1975 yang menaiki pentas sebagai penghibur terakhir pada hari pertama semalam memilih untuk menjadikan slot konsert satu jam tersebut sebagai peluang untuk menyelitkan agenda peribadi mereka serta menunjukkan bermacam-macam aksi kurang sopan.
Biarpun peminat kenal benar dengan perangai vokalisnya, Matty Healy yang terbiasa untuk beraksi biadap sewaktu menjayakan persembahan, apa yang berlaku malam tadi tetap membuatkan penonton – waima peminat tegar mereka sekalipun – tergamam.
Matty tampil ke pentas dengan lagu kedua sambil menghisap sebatang rokok sebelum kembali dengan memegang sebotol arak sambil melakukan aksi lain seperti meludah. Paling tidak masuk akal adalah apabila Matty bertindak untuk mencium pemain bass kumpulan tersebut, Ross McDonalds usai berucap panjang mengenai pandangannya terhadap undang-undang di Malaysia yang menolak hubungan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
“Saya melakukan kesilapan semasa kami menempah persembahan, saya tidak betul-betul mengkajinya. Saya tidak nampak sebab poin mengapa perlu mengajak kami (The 1975) ke negara ini dan memberitahu dengan siapa kami boleh melakukan hubungan seks (merujuk kepada kesalahan golongan LGBT sekiranya melakukan hubungan intim).
“Saya tidak mempunyai mood lagi. Malangnya, anda tidak akan dapat mendengar set penuh lagu-lagu kami kerana saya sedang marah. Jadi saya sudahpun batalkan persembahan kami (sehari sebelum tarikh persembahan di Sepang) dan kami berbincang. Kami berkata, “Kita tidak boleh mengecewakan peminat muda di sini kerana mereka bukanlah kerajaan (yang mengenakan akta tersebut).
“Saya pernah ke sebuah negara (merujuk kepada negara UAE) yang tidak masuk akal. Jika anda ingin mengajak saya ke sini untuk melakukan persembahan, kamu boleh lupakannya.”
“Saya akan ambil wang anda, anda boleh sekat saya tetapi saya pernah lakukan ini dan ia tidak merasa seronok. Dan saya amat marah,” kata Matt.
The 1975 kemudian meneruskan slot konsert mereka dengan beberapa lagi buah lagu sebelum pihak penganjur memadamkan visual latar belakang pentas serta lampu.
“Persembahan kami telah disekat di Kuala Lumpur. (We have just been banned in Kuala Lumpur),” ujar Matt sebelum kumpulan itu beredar turun dari pentas.
Tinjauan REMAJA ke akaun Twitter milik Menteri Komunikasi & Digital, YB Fahmi Fadzil sekitar jam 2.57 pagi mendapati ciapan baharu daripada beliau bagi menjelaskan tindakan seterusnya oleh kerajaan berhubung insiden The 1975 ini.
“Ini satu tindakan yang sangat biadap. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasan untuk dapatkan laporan penuh,” ciapnya.
Terdahulu, hari pertama acara Good Vibes Festival berlangsung lancar lagi meriah dengan kehadiran beberapa nama besar industri muzik antarabangsa di pentas utama termasuklah Anderson .Paak, Sabrina Carpenter dan Daniel Caesar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source