Watie tak cemburu kalau Shuib rindu arwah Siti Sarah
Tidak timbul perasaan cemburu atau sedih dalam diri usahawan, Watie Hanifiah apabila suaminya yang juga pelawak Shuib Sepahtu merindui Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Menurut laporan Xtra, wanita berusia 34 tahun itu berkata, dia sebaliknya bersyukur kerana Allah SWT tidak menimbulkan perasaan cemburu itu dalam hatinya.
“Sebenarnya dan sejujurnya, saya tak mempunyai apa-apa perasaan. Saya tidak cemburu seperti contoh baru-baru ini kami bertemu dengan seorang kanak-kanak yang mempunyai wajah seiras arwah.
“Kadang-kadang pun saya tertanya, kenapa saya tak rasa apa-apa? Saya merasakan apa yang menggembirakan Shuib, jika dia rasa perkara itu boleh mengubati kerinduannya, apa yang terbaik untuk suami, mesti saya akan sokong” katanya.
Watie berkata, dia menerima perkara tersebut dengan hati terbuka selain bersyukur apabila orang ramai sudi mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.
“Bagi saya, buat apa nak cemburu kepada orang yang telah tiada? Adanya saya di sini adalah kerana kisah mereka yang telah tiada.
“Saya menerima dengan hati terbuka. Kadang-kadang apabila saya sedang memandu kereta, terdetik dalam hati, syukurnya Allah tidak meletakkan rasa sedih atau cemburu.
“Bagi saya, jika ada rasa cemburu atau sedih, ia lebih berat kepada diri kita kerana yang akan membawa rasa itu adalah diri kita sendiri. Bersyukur sangat Allah tak meletakkan rasa-rasa yang tak bagus itu dalam hati saya.
“Saya bersyukur kerana apabila saya baca komen sekarang, ramai yang mendoakan perkahwinan saya dan suami, mendoakan rumah tangga kami kekal hingga ke Jannah.
“Kita sendiri tak tahu doa siapa yang bakal diangkat, jadi apabila ramai orang yang mendoakan perkahwinan kami, saya gembira,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah sah menjadi isteri kepada Shuib dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya pada 23 Jun lalu.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 dan meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source