Whiptail Mexico: Cicak Betina Yang Hidup Tanpa Jantan Tak Guna
Setiap benda hidup dekat dunia ni, pasti akan dicipta secara berpasangan. Tapi berbeza pulak dengan spesis cicak whiptail dekat Mexico. Sebab cuma ada betina sahaja dalam spesis deme.
Persoalannya macam mana cicak whiptail betina boleh hidup tanpa jantan yang setia di sisi untuk melahirkan keturunan?
Cicak whiptail betina ni tergolong dalam haiwan yang mengamalkan parthenogenik. Bermaksud cicak whiptail betina tidak memerlukan sperma jantan untuk menghasilkan telur.
Selain daripada cicak whiptail betina, terdapat lebih kurang 80 spesis haiwan lain yang mengamalkan parthenogenik. Cuma cicak whiptail betina ni unik sikit. Sebab deme menjadi satu-satunya haiwan yang tidak perlu mengawan untuk dapat telur.
Telur cicak whiptail akan terhasil daripada kromosom induk yang sama sahaja. Walau bagaimanapun, benda tu tidak menghalang cicak whiptail betina untuk memiliki nafsu. Sebab deme didorong oleh hormon progesteron yang tinggi.
Tapi masalahnya dalam spesis deme tak ada jantan. Jadi jangan terkejutlah kalau nampak cicak whiptail betina menunggang cicak betina yang lain.
Apa-apapun, cicak whiptail betina telah membuktikan tanpa jantan pun deme boleh hidup. Macam mana dengan korang?
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source