Bella Astillah nafi sindir busana Sophia Albarakbah nampak ‘kampung’
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menafikan dakwaan kononnya dia menyindir busana dipakai aktres, Sophia Albarakbah pada acara Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH 35) yang berlangsung Jumaat lalu sebagai ‘kampung’.
Menurut laporan Berita Harian, pelakon berusia 29 tahun itu berkata, apa yang dikongsi di media sosial tidak memberi bayangan mengenai kehidupannya mahupun individu lain.
“Tiada. Saya sebenarnya tak mahu ulas soal ini. Macam semua orang tahu, IGs yang saya muat naik tidak semestinya ditujukan kepada sesiapa, termasuk ‘quotes’.
“Sebab pasti ada orang bertanya sama ada saya ada masalah dalam rumah tangga jika saya muat naik perkongsian berbaur sedih.
“Saya akan muat naik apa sahaja yang saya suka. Memang apa yang saya muat naik tiada kena mengena dengan sesiapa. Seperti apa yang saya muat naik, baru-baru ini pun tiada kena mengena dengan sesiapa,” katanya.
Sebelum ini, isteri kepada aktor dan penyanyi Aliff Aziz itu ada memuat naik satu hantaran di IG Story memuji persalinan digayakan rakan artis iaitu Janna Nick yang kelihatan anggun dan bukan seperti ‘kg.com’ atau ‘kampung’.
Susulan itu, segelintir netizen membuat spekulasi sendiri kononnya hantaran tersebut ditujukan kepada Sophia tampil dengan busana berona ungu pada acara berkenaan.
Sementara itu, Bella mengakui dia tidak boleh mengawal persepsi orang ramai yang masih mengaitkan sebarang tindakannya dengan Sophia.
“Saya tak boleh buat apa bila orang terus mengaitkan apa yang saya buat dengan dia, itulah adalah hak masing-masing. Jadi, saya hanya terus berjalan ke depan sahaja,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu memaklumkan, dia akan lebih berhati-hati sekiranya memuat naik hantaran di media sosial kerana perlu menjaga hati pihak tertentu terutamanya ahli keluarga.
Terdahulu, kecoh mengenai seorang pelakon wanita yang didakwa cuba menggangu rumah tangganya sebelum Aliff mengesahkan bahawa aktres dimaksudkan adalah Sophia.
Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin), Instagram Bella Astillah & Sophia Albarakbah
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source