Apa Kisah Disebalik Kulit Album Transcendence Dari Butterfingers?
Kepada yang selalu dengar lagu The Chemistry dan Epitome, korang mesti akan layan album Transcendence. Uniknya album ni adalah pada cover dia. Sebab ada tunjuk Butterfingers bersama hulubalang yang memegang tombak.
Sebenarnya ada kisah menarik disebalik cover album Transcendence. Apa kisah dia?
Cover album Transcendence tu diambil daripada gambar kerabat di Raja Kelantan yang bersama hulubalang sempena kehadiran gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir John Anderson.
Kehadiran Sir John Anderson pada 1909 adalah untuk memaklumkan tentang Perjanjian Bangkok yang ditandatangani oleh British dan Siam kepada Sultan Kelantan. Tujuan utama Perjanjian Bangkok adalah bagi memastikan kuasa barat yang lain seperti Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat tidak menguasai Tanah Melayu.
Malangnya British tak merujuk langsung Sultan Kelantan sebelum buat perjanjian. Kesannya Kelantan kehilangan banyak wilayah seperti Menara, Kuala Tabal dan Becah Herong. Tapi sebagai ganti, Siam perlu serahkan selatan Legeh kepada Kelantan. Sebab tulah Jeli dan Rantau Panjang ada dalam Kelantan hari ini.
Benda ni pernah cuba dibantah oleh Long Senik dan Long Zainal Abidin tapi British cakap memang dah tak boleh adjust. Nak tak nak, orang Kelantan terpaksa menerima sempadan tu hingga sekarang.
Jadi mungkin Butterfingers guna gambar tu sebagai satu inspirasi kepada peristiwa penting yang pernah berlaku di negara kita.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source