‘Acara Dibatalkan Hanya Kerana Anda!’ -Sheila Majid Selar Sikap Biadap The 1975
Penyanyi legenda tanah air, Datuk Sheila Majid turut menyelar sikap kurang ajar band antarabangsa, The 1975 yang tidak menghormati budaya serta undang-undang negara hingga mengakibatkan kerugian kepada banyak pihak akibat pembatalan Festival Good Vibes 2023.
Tulis penyanyi lagu popular Sinaran itu di Instagram, tindakan tersebut berpotensi menjejaskan pendapatan pelbagai pihak yang terbabit dalam penganjuran acara berkenaan termasuk pengelola, penghibur dan peminat.
ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Cium Sesama Jenis, Bawa Botol Arak.. Slot Konsert The 1975 Di Sepang Penuh Drama Hingga Terpaksa Dihentikan
“Menjadi terkenal tidak memberi anda hak untuk berkelakuan tidak sopan depan khalayak ramai. The 1975, ramai kehilangan pendapatan bermula daripada penganjur, promoter, kru produksi, pemuzik, penghibur dan lain-lain kerana tindakan anda yang mementingkan diri sendiri.
“Tidakkah anda tahu berapa banyak wang dibelanjakan dan berapa bulan diperlukan untuk menganjurkan acara sebesar ini apatah lagi, mereka yang membeli tiket untuk menonton band lain?
“Walau apa pun pendapat atau keutamaan jantina anda, kami tidak berminat untuk mengetahuinya,” katanya.
Pada masa sama, penyanyi itu berharap anggota band berkenaan belajar menghormati budaya serta undang-undang yang mereka singgahi.
“Anda sepatutnya bermain muzik. Acara tiga hari sudah dibatalkan hanya kerana anda! Adakah anda bangga dengan diri sendiri atas perkara ini?
“Orang seperti anda yang memberikan kesan sangat buruk kepada industri muzik. Jadikan ini sebagai pengajaran kepada semua penghibur. Hormati undang-undang negara tempat anda beraksi. Fikir sebelum bertindak kerana ini bukan hanya mengenai diri anda,” coretnya lagi.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan pembatalan serta merta penganjuran Festival Good Vibes 2023 dengan serta merta.
Ini susulan tindakan vokalis The 1975, Matty Healy berkucupan dengan pemain gitar bes, Ross MacDonalds selepas melontarkan ucapan mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Sheila Majid
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source