Semua tak pakai helmet, tiga sekawan naik satu motor maut digilis empat kereta
Tiga sekawan dilaporkan maut apabila motosikal yang mereka tunggangi terbabas lalu digilis empat buah kereta yang tidak dapat mengelak di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Pasaraya Kipmall Tampoi.
Memetik laporan dari Utusan, tiga individu tersebut didapati tidak memakai topi keledar dan kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.55 pagi Khamis.
Difahamkan, dua daripada tiga yang maut itu telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi menghembuskan nafas yang terakhir ketika tiba di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Skudai.
Namun, ketika di lokasi kejadian, motosikal yang mereka naiki terbabas dan digilis empat buah kenderaan kerana gagal mengelak.
“Identiti kesemua mangsa yang dianggar berusia dalam lingkungan 30-an belum dapat mengesahkan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa,” katanya.
Buat masa ini pihak berkuasa masih lagi menunggu laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa sebelum memastikan sama ada mereka dalam keadaan mabuk ataupun tidak sewaktu menunggang motosikal.
Walau bagaimanapun, pemandu untuk empat kenderaan yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
Balveer Singh juga memaklumkan yang kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Facebook Info Jenayah, Kemalangan Terkini di Malaysia, Utusan Malaysia (Mohamed Faizal Hashim)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source