Didera suami hingga maut, mangsa tak kongsi hal rumah tangga pada keluarga
Kisah sorang wanita yang meninggal dunia dipercayai akibat didera suaminya di sebuah pangsapuri di Sungai Long, Kajang pada Ahad lalu mengundang simpati orang ramai.
Menurut laporan Harian Metro, mangsa Azween Noor Alias, 38, dibawa ke sebuah hospital swasta dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya Mohamed Imran Mohamed, 32, sebelum perbuatan lelaki itu terbongkar hasil pemeriksaan pegawai perubatan.
Adik mangsa Azmir Alias, 37, berkata, kali terakhir mereka bertemu adalah pada Aidilfitri lalu selain menyifatkan arwah sebagai pendiam.
“Arwah tidak pernah bercerita mengenai rumah tangganya, kami juga jarang bertemu arwah.
“Arwah memang seorang yang pendiam, dia bercakap apabila perlu sahaja, dia tidak pernah bercerita soal rumah tangganya.
“Ada dia beritahu mengenai suaminya yang kerap kerja di luar kawasan,” katanya.
Azmir berkata, keluarga juga tidak lagi bertemu dengan suaminya (suspek) selepas arwah mendirikan rumah tangga enam tahun lalu.
“Suaminya tidak membenarkan arwah ke rumah ibu, kami juga pelik dengan sikap lelaki itu.
“Pernah satu ketika ibu ke rumah arwah namun dihalau lelaki terbabit menyebabkan sehingga kini ibu tidak pergi ke rumah arwah,” ujarnya.
Tambahnya, dia sekeluarga ingin melakukan permohonan bagi menjaga dua orang arwah masing-masing berusia enam dan tiga tahun yang kini dijaga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sementara itu, seorang pengguna laman Facebook, Ummi ImanNurin yang dipercayai kakak mangsa ada memuat naik beberapa hantaran berhubung pemergian Allahyarham Azween Noor.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada 12.15 tengah malam Ahad lalu.
“Mangsa dihantar oleh suaminya dan selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, dia menghilangkan diri.
“Pemeriksaan awal pegawai perubatan terbabit mendapati terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa. Mayat mangsa kemudian diserahkan ke Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat,” katanya.
Mohd Zaid berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat dipukul objek tumpul sehingga mengalami kecederaan dalaman serius selain terdapat kesan kecederaan di seluruh badan.
Susulan kejadian itu, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan R K Umesh di talian 012-6114900 atau balai polis berdekatan.
Sumber: Harian Metro (1) & (2), Facebook Ummi ImanNurin & search
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source