Undi dulu baru tahu! Rahsia manifesto, Baddrol Bakhtiar ‘dibahan’ netizen
Bekas kapten skuad bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar mencuri tumpuan ramai apabila menjadi calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.
Bagaimanapun, tular sebuah video di laman Twitter memaparkan sedutan temubual Baddrol bersama wartawan ketika hari penamaan calon PRN Kedah di Dewan Lestari, Guar Chempedak, Kedah pada Sabtu lalu.
Difahamkan, bekas tonggak tengah Sabah FC itu enggan mendedahkan manifesto peribadinya dan hanya akan dimaklumkan sekiranya dia memenangi kerusi DUN tersebut.
Bukannnn, bukann macam tuu 😭
Manifesto kena sebelum waktu mengundi captain, mana boleh sorok-sorok, tak boleh kejutan-kejutan😭
takutlah kalau captain menang banyak kejutan nanti pic.twitter.com/UIQ0Awn5e7— Abdullah Al-Mujahid (@MujahidNagmudin) July 30, 2023
“Ya, saya memang ada manifesto sendiri. Tapi manifesto itu akan terjadi apabila kemenangan berpihak kepada saya. Kena undi dulu baru boleh bagitahu.
“Surprise.. memang akan berlaku kejutan la,” jawabnya selepas disoal wartawan tentang manifesto yang dibawakan.
Foto: Kosmo!
Menurut kefahaman netizen, manifesto atau janji yang ditawarkan perlulah diumumkan sebelum menjelang hari pengundian supaya rakyat dapat menilai sebaik mungkin tentang visi calon dan parti politik yang bertanding.
“Bukannnn, bukann macam tuu. Manifesto kena sebelum waktu mengundi captain (Baddrol), mana boleh sorok-sorok, tak boleh kejutan-kejutan,” tulis @MujahidNagmudin yang memuat naik video tersebut.
Susulan itu, kenyataan Baddrol dilihat menjadi ‘bahan’ gelak ketawa oleh segelintir netizen selain didakwa seolah-olah tiada prinsip dalam perjuangan politik.
Kena undi dulu baru boleh tau manifesto saya 🤣🤣🤣 adoi lawak betul lah
— DA © (@danialffila) July 30, 2023
“Boleh share sikit manifesto?”
“Kena undi dulu baru tahu manifesto saya”Manifesto ni bukan boleh tahu sebelum ngundi ke? Baru laa orang yakin nak undi😭😭
Banyak tanduk bola laju kot sebabtu biol2 masuk parti tu🌚😮💨
— dàniel (@matdaniel_) July 30, 2023
Manifesto selepas menang? Sebagai kejutan?
Ini permaknaan baharu bagi manifesto.
Menarik 😉 https://t.co/FFNJCgpHUw
— Maszlee Malik 🏴🇲🇾 (@maszlee) July 30, 2023
Tepuk dahi bila dengar Baddrol Bakhtiar ni bercakap. Maksud manifesto pun dia tak tau. Jangan Mirosoft Excel pun tak reti guna dah la.
Tapi memang ketara nampak PN ni cari calon asal femes je. Tahu tak tahu tu belakang cerita, nanti apa-apa kalau menang PA yang buat ye tak.…
— Amran Fans (@_AmranFans) July 30, 2023
Sementara itu, menurut laporan Malaysiakini, bekas pemain bola berusia 35 tahun itu menyifatkan menteri besar sementara Kedah iaitu Muhammad Sanusi Md Nor sebagai idola dan sumber inspirasinya.
“Dia ada perancangan yang luas dan ke hadapan untuk pemuda Kedah dan untuk menaikkan nama negeri ini,” ujarnya pada Sabtu.
Sumber: Twitter @MujahidNagmudin & search, Malaysiakini
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source