Macam Mana Nabi Khidir Ada Umur Panjang?
Nabi Khidir ialah seorang nabi yang ada umur paling panjang dan masih hidup hingga kini.
Namun macam mana Nabi Khidir ada umur panjang? Seperti apakah ceritanya?
Kisah ini dinyatakan oleh Imam Ibnu Kathirdan Ibnu Hajar al-Asqalani dengan menukilkan kisah ini dengan riwayat Khaisamah bin Sulaiman melalui jalur sanad daripada Ja’far al-Sadiq.
Raja Iskandar Zulkarnain, raja yang sangat disegani kerana berjaya menakluk wilayah dari barat hingga timur. Namun baginda tak sombong dan merupakan salah seorang hamba Allah yang taat.
Pada tahun 322 SM, Raja Iskandar Zulkarnain nak mengelilingi bumi dan ditemani oleh Malaikat Rofi’il.
Baginda tanya kepada malaikat macam mana ibadah para penghuni langit. Malaikat pun jawab penghuni langit ni beribadah ada yang bersujud terus hingga akhir zaman dan ada yang bertakbir terus hingga akhir zaman.
Baginda teringin nak jadi seperti para penghuni langit yang boleh beribadah hingga akhir zaman.
Malaikat Rofi’il memberitahu kepada Raja Iskandar Zulkarnain bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan sumber mata air yang suci, jika seseorang meminum air dari mata air itu maka ia akan kekal hingga akhir zaman kecuali jika ingin dimatikan. Namun mata air tersebut berada di belahan bumi yang sangat gelap.
Mata air tu dikenal sebagai Ainul Hayat. Raja Iskandar Zulkarnain kemudian kumpul semua pakar yang ada diseluruh negeri untuk tafsirkan dimana letak tepatnya Ainul Hayat berada. Salah seorang diantaranya tahu letaknya di dibahagian tempat terbitnya matahari.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Raja Iskandar Zulkarnain serta rombongannya cari tempat tu dan menemukannya, Nabi Khidir ialah salah seorang rombongan yang juga pernah menjawat jawatan sebagai perdana menteri.
Setelah ditemukan lokasi Ainul Hayat, baginda bawa pasukan khusus untuk masuk bersamanya dan dalam pasukan itu Nabi Khidir ikut bersamanya. Mereka menempuh perjalanan selama 18 hari didalam gua tanpa melihat cahaya matahari.
Nabi Khidir dapat wahyu dari Allah bahawa Ainul Hayat terletak di tepi gaung dan hanya untuknya sahaja. Setelah menerima wahyu tu, Nabi Khidir menuju ke lokasi Ainul Hayat sendirian dan meminumnya tanpa diketahui Raja Iskandar Zulkarnain.
Oleh: Azizul Farhan
___
Kalau baca pasal Nabi Khidir pun korang dah excited, cuba selam lebih dalam berkenaan sejarah agama Islam dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Dapatkan Segera!
bit.ly/ktislam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source