Dalam tempoh tiga bulan, Ubai kehilangan adik & ibu
Berat ujian dilalui bagi pempengaruh media sosial, Ubai MZ yang harus reda atas pemergian dua insan tersayang dalam tempoh tiga bulan ini.
Difahamkan, adiknya Muhammad Azrullah Mohd Zulkefli meninggal dunia akibat kemalangan pada 4 Mei lalu manakala ibunya Rohani Jamal menghembuskan nafas terakhir disebabkan kanser ovari semalam.
Lebih meruntun jiwa apabila dia perlu meneruskan majlis pernikahan bersama penyanyi, Shila Amzah dalam apa jua yang berlaku demi amanat arwah ibunya.
“Dua kehilangan dalam tempoh masa tiga bulan. Adik pergi sebelum Ubai bertunang, mak pula pergi lagi beberapa hari sebelum Ubai bernikah. Besar ujian dan dugaan ini.
“Persiapan nikah dan sanding semua dah siap. Tetapi Allah maha mengetahui, semua yang jadi pasti ada hikmah.
“Ubai ingat pesan mak, apa-apa yang jadi majlis mesti diteruskan dan jangan tangguh. Saudara mara, kawan-kawan mak, kawan-kawan Ubai, jururawat dan doktor hospital semua tahu mak. Mak pesan kat semua orang pasal majlis kami,” tulisnya.
Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli meluahkan perkara demikian menerusi sebuah hantaran di laman Instagram hari ini.
Sementara itu, dia menyatakan bahawa arwah ibunya pernah meminta agar tema majlis pernikahan dan persandingan ditetapkan dengan persalinan berwarna putih.
“Untuk nikah and sanding ni, mak nak semua orang pakai baju putih. Mak memang nak juga baju putih. Baju mak pun Ubai dengan Sha (Shila) dah beli, alhamdulillah mak pakai cantik sangat hari tu.
“Ubai janji dengan mak, Ubai akan jaga Sha, adik beradik dan keluarga yang lain. Mak berehatlah,” katanya.
Dalam masa sama, Ubai turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bersama ibunya sepanjang arwah melawan penyakit berkenaan.
“Terima kasih pada yang pernah buat mak tersenyum, tertawa ketika perjuangannya. Terima kasih jururawat, doktor dan kakitangan hospital yang jaga mak dari awal hingga ke akhir.
“Terima kasih mak untuk segalanya. Jangan risau mak, anak mak kuat! Al-fatihah,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ubai dan Shila mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.
Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 namun bercerai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram Ubai MZ
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source