Kepelbagaian Diraikan: REMAJA Tampilkan 5 Personaliti Bagi Laungan Kempen ‘Saya #RemajaMalaysia’ Edisi Ke-5
Semakin hari semakin terasa rasa cakna masyarakat Malaysia terhadap penggunaan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu. Menerusi platform media sosial meluas dalam dunia digital dewasa kini, telah muncul golongan pejuang bahasa yang tanpa keluh terus cuba memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan kelompok anak muda.
2023 menandakan ulang tahun kelima penganjuran kempen Saya #RemajaMalaysia yang diterajui oleh syarikat media Nu Ideaktiv menerusi jenama REMAJA. Jujurnya, kami sendiri tidak menyangka penerimaan memberangsangkan akan diterima daripada para pembaca dan pengikut kami setiap kali kempen ini kembali semula sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Khas buat bacaan dan tontonan anda semua, REMAJA menampilkan lima personaliti baharu bagi meraikan kepelbagaian kempen Saya #RemajaMalaysia. Diterajui oleh Cikgu Zack Kirana, Farees Asri, Kimberly Chuah, Adam Shamil dan Malle Christian; diharap diversiti pola pemilihan personaliti kali ini mampu menyuntik rasa akrab dan harmoni yang terjalin dalam kalangan masyarakat majmuk di luar sana.
penyelaras REMAJA arahan seni FZ AIMMAN pembantu penyelaras & rekaan grafik NORZIAH jurufoto AKMAR AZIMI penerbit video MAYA DEEN & SURIA AMIRA solekan ANN KARIM, CHE WAN & AYANG KAMELL persalinan SUPERDRY penghargaan lokasi SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR
Cikgu Zack Kirana
Statusnya sebagai seorang guru di pusat tuisyen swasta amat berlainan dengan persona guru-guru lain di luar sana lantas menjadikan Cikgu Zack Kirana lebih menonjol daripada yang lain. Riang, mudah mesra dan tidak lokek ilmu. Gambaran tersebut selalu menyinggah di fikiran sesiapa sahaja yang pernah menemuinya. Bagi Cikgu Zack atau nama sebenarnya Saliza Ibrahim, peluang memartabatkan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu adalah satu tanggungjawab yang digalas melebihi sekadar pekerjaan hakiki bagi meraih pendapatan harian. Sebaliknya, ‘Cikgu Ranggi’ ini selesa menyantuni anak murid berbilang bangsa dan sentiasa cuba menarik minat mereka agar terus lapar mengejar ilmu lebih daripada apa yang tercatat di dalam buku.
Farees Asri
Rancak menari di platform media sosial, siapa sangka minat Farees Asri, 25 berubah menjadi identiti dan sumber pendapatannya dek kerana minat mendalam terhadap seni tarian tradisional Melayu. Dalam dunia hiburan masa kini yang berpaksikan kepada lagu-lagu K-pop dan Barat, alunan irama tradisional yang mengiringi skil dan kelembutan gaya tarian guru lelaki ini pasti akan membuat ramai terpegun.
Kimberly Chuah
Gelaran pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2022 yang disandang oleh Kimberly Chuah bukan satu tiket mudah untuknya menempa nama sebagai seorang pelakon berkepelbagaian dalam industri hiburan tanah air. Kimberly terlebih dahulu menarik minat warganet apabila penguasaan bahasa Melayu yang dimilikinya sejak kecil amat mengagumkan. Bagi khalayah umum, inilah representasi sebenar seorang anak Malaysia yang dilahirkan di bumi Malaysia dan mencintai asal-usul keperibadian sebagai seorang remaja Malaysia.
Adam Shamil
Wajah tidak asing lagi dalam kalangan pengguna laman sosial seperti TikTok dan YouTube dek kerana keletahnya dalam menghasilkan video-video menghiburkan. Petah bercakap, bersuara lunak dan mempunyai pakej fizikal yang disenangi ramai mungkin adalah sebahagian daripada kelebihan yang dimiliki oleh remaja kelahiran Sabah ini. Namun, Adam Shamil, 28 mempunyai potensi untuk melangkah jauh lebih luas berbekalkan bakat dan kebolehan menyanyi, pencipta kandungan dan pengacara yang dimilikinya.
Malle Christian
Menempa populariti terlebih dahulu sebagai bekas peserta pertandingan Unduk Ngadau 2021 di Sabah, kecantikan yang diwarisi pemilik nama penuh Malle Christian Anderson Barlus ini cukup jelas dan tidak boleh disangkal. Sebaik membuka langkahan berani ke Semenanjung Malaysia untuk bertanding dalam pencarian Dewi Remaja 2022, corak pemikiran Malle lebih terbentang luas dengan peluang yang ada ditawarkan di sini. Misi Malle mudah, untuk memberikan versi terbaik dirinya dalam apa jua yang diperjuangkan dan dipersembahkan; baik dalam aliran seni lakonan, peragaan atau sebagai seorang pencipta kandungan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source