Belum lafaz syahadah, ibu Maryam dah elak makan daging khinzir & belajar solat
Pempengaruh media sosial yang kini seorang pelakon, Maryam Younarae atau mengakui ibunya kini menunjukkan minat untuk mendalami agama Islam.
Maryam ketika ditemui pada sidang media filem Mat Tudung Begins tempoh hari memaklumkan ibunya sendiri menyatakan hasrat dan kemahuan untuk belajar solat serta mengenakan hijab ketika berkunjung ke Malaysia, baru-baru ini.
“Ketika ini, ibu sedang cuba belajar mengenai Islam. Kami hanya menyokong dan tidak pernah memaksa. Bila ramai berikan komen positif, saya dapat melihat betapa sayangnya Allah pada kita.
“Melalui saya, Allah nak tunjuk sebenarnya ramai yang sayang sesama manusia lain walaupun berbeza agama. Mereka turut mendoakan yang baik-baik dan tidak memaksa.
“Ibu mungkin ada terdetik nak memeluk agama Islam sebab ketika saya mula mengenakan hijab, dia juga cuba nak pakai hijab,”ujarnya.
Dedah Maryam, ibunya juga sudah mula mengelakkan diri daripada memakan daging khinzir selain kini sudah berpakaian tertutup dan membawa telekung pulang ke Korea.
“Dia kini sudah mengenakan pakaian tertutup. Lagi tertutup daripada saya. Saya pun tak sangka, dia pun nak bawa balik telekung ke Korea. Saya pernah bawa ibu ke masjid untuk solat Subuh dan dia minta saya untuk mengajarnya cara solat,”ujarnya lagi.
Tambah isteri kepada Ryzal Ibrahim, ibunya masih belum melafazkan syahadah meskipun kini sudah pun belajar mengenai Islam.
Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata mengakui seronok apabila ibunya berkunjung ke Malaysia dan memberitahu hasratnya mahu menetap di negara ini.
“Selepas pulang (ke Korea), dia telefon dan beritahu seperti mahu berpindah rumah ke Malaysia. Dia sangat puas hati di sini.
“Lebih-lebih lagi dia tengok orang Malaysia ini sangat tenang dan gembira. Budaya di Korea, mereka lebih selesa meluangkan masa bersama kawan-kawan berbanding keluarga.
“Ibu pun teruja melihat bagaimana rakyat Malaysia sangat menyayangi saya. Dia berpuas hati. Jadi, kalau ibu betul-betul nak berpindah, saya akan menyokongnya,”luah Maryam.
Untuk rekod, Maryam dan Ryzal telah mendirikan rumah tangga pada pada 2019. Sekitar tahun 2020, mereka telah kembali ke Tanah Air dan memulakan kehidupan sebagai selebriti apabila kerap berkongsi kebersamaan dalam saluran YouTube DurianKimchi.
Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata dikenali sebagai Rina.
Sumber: Gempak (Syafiqah Jalal), Instagram @maryamyunrrr
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source