Tragedi Karbala: Kepala Saidina Hussain Dipenggal
Khalifah Yazid hantar surat kepada gabenor Madinah Al-Walid bin Uqbah memberitahu bapanya dah meninggal dunia dan dia menjadi Khalifah.
Surat tu berbunyi ‘”Mintalah Hussain, Ibn Zubair dan Abdullah bin Umar bai’atnya kepadaku dengan keras sehingga mereka membai’at.’’
Apakah pandangan Hussain dengan Bani Umayyah?
Hussain menentang kekuasaan secara monarki yang dilakukan oleh Muawiyah. Menurut Hussain, Muawiyah dah langgar janji kepada Hassan yang akan serahkan urusan pemerintahan kepada umat Islam. Hussain nak tegakkan balik dasar Musyawwarah dalam urusan pemerintahan. Hussain anggap Yazid bin Muawiyah tak layak jadi khalifah.
Hussain dapat surat-surat daripada penduduk Kufah. Penduduk Kufah memang tak suka pemerintahan Bani Umayyah dan menyokong Saidina Ali. Mereka sedia membai’at Hussain sebagai pemerintah mereka.
Hussain hantar Muslim bin Aqil untuk melihat keadaan Kufah. Sebanyak 12 ribu orang Kufah sedia untuk membai’at Hussain. Maka Hussain pun bersedia menuju ke Kufah.
Hussain maklumkan kepada para sahabat. Namun demikian para sahabat menentang niatnya.
Sebabnya mereka tak percaya orang Kufah mampu pertahankan Hussain dan bimbang dikhianati mereka. Namun Hussain tetap dengan pendiriannya menuju ke Kufah.
Yazid sedar dia perlu kekerasan untuk halang dan takutkan orang Kufah daripada membantu Hussain. Kufah pada waktu itu berada di bawah pemerintahan Nu’man bin Basyir. Nu’man sangat berlembut dalam menangani isu ni.
Yazid minta nasihat penasihatnya Sarjun. Sarjun cadang untuk Yazid ikut je wasiat Muawiyah bin Abu Sufyan untuk bagi wilayah Kufah kepada gabenor Basrah iaitu Ubaidillah bin Ziyad.
Yazid setuju dan jadikan Ubaidillah penguasa di Basrah dan Kufah. Ubaidillah sangat keras dalam meletakkan hukuman kepada pemberontak.
Ubaidillah mula buat kekacauan. Pembesar-pembesar Kufah ditangkap dan ada yang dibunuh.
Muslim bin Aqil bersama pengikutnya datang menuju ke istana Ubadillah.
Ubadillah gunakan pembesar Kufah untuk takutkan penduduk Kufah sehingga mereka berasa gerun untuk bersama Muslim bin Aqil.
Muslim ditangkap dan dibunuh oleh Ubaidillah. Sebelum dibunuh, Muslim sempat meminta Umar bin Saad bin Abi Waqas untuk beritahu Hussain agar pulang ke Madinah dan jangan percaya orang Kufah. Kepala Muslim yang dipenggal telah dikirim oleh Ubaidillah kepada Yazid.
Dalam perjalanan, Hussain berjumpa dengan pasukan yang dihantar Ubaidillah dipimpin oleh Umar bin Saad bin Abi Waqas di Karbala. Hussain ikut rombongan Umar.
Ubaidillah tulis surat kepada Umar iaitu jika Hussain taknak menyerah maka bunuh sahaja dia. Jika Umar taknak ikut perintah maka Syamr akan gantinya menjadi ketua pasukan.
Umar minta Hussain untuk menyerah. Hussain tetap taknak menyerah sehingga rombongannya diserang oleh tentera Bani Umayyah.
Orang Kufah langsung tak tolong Hussain yang rombongannya hanya berjumlah 80 orang sahaja. Bahkan ada orang Kufah sertai tentera Bani Umayyah.
Hussain berikan panji perang kepada Abbas bin Ali. Anak-anak dan isteri Hussain diletakkan di belakangnya dan dinyalakan api sebagai pertahanan kerana bimbang mereka diserang. Ramai yang gugur mempertahankan Hussain.
Tentera-tentera Bani Umayyah takut untuk sentuh Hussain kerana takut menanggung dosa membunuh cucu Rasulullah (saw). Syamr berteriak menyuruh pasukannya membunuh Hussain.
Syahidnya Hussain dalam keadaan menyayat hati dengan badannya ditombak dan kepalanya dipenggal pada tahun 10 Muharram 681M. Sebanyak 72 orang Hussain terbunuh. Kepala Hussain diberi kepada Ubaidillah.
Ubaidillah hantar ahli keluarga Hussain untuk dibawa ke Syam untuk bertemu Yazid di istananya. Yazid menangis dan berkata ‘’Aku perintahkan kamu untuk tak membunuh Hussain, Semoga Allah melaknat Ibn Ziyad jika aku bertemu dengannya nescaya aku akan memaafkannya.’’
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
___
Fitnah menjadi punca pecahnya perpaduan umat Islam ni. Selam lebih dalam titik hitam dalam sejarah Islam ini yang turut dimuat dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Dapatkan Segera!
bit.ly/ktislam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source