Resipi Pau Goreng Inti Kacang Merah Rangup & Sedap, Makan Panas-panas Tak Cukup Satu!
Pau goreng inti kacang merah yang rangup dan sedap sesuai dijadikan hidangan waktu sarapan. Buat doh pau lebih sikit boleh juga diisikan dengan inti lain atau juga goreng kosong.
Pau goreng macam ni memang sedap untuk dijadikan menu ketika sarapan mahupun minum petang. Pau goreng berinti kacang merah, inti sambal antara yang menjadi pilihan ramai. Rangup di luar lembut di dalam.
Makan dengan keluarga sambil minum kopi atau teh cukup menyelerakan. Makan pula panas-panas memang tak cukup satu. Bolehlah cuba nanti!
Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Gebu
Bahan-bahan:
800 gram tepung gandum
1 biji telur
3 sudu besar planta
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil gula
½ gelas air suam
1 peket yis
Air sejuk secukupnya
Cara Memasak:
Masukkan gula, yis & air suam. Biarkan seketika hingga yis tu nampak kembang dalam gelas.
Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, telur, planta, susu pekat & bancuhan yis.
Kemudian, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh lembut. Pastikan masukkan air tu masukkan sedikit2 ye supaya doh tak terlebih air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
Kemudian rehatkan doh, sehingga naik 2 kali ganda.
Kemudian, tumbuk2 manja sikit doh gitu, supaya udara keluar.
Ambil sedikit doh, masukkan inti kacang merah & bulat2kan. Buat sendiri letak inti meriah gitu.
Dalam dulang untuk susun pau tu, pastikan taburkan dengan tepung dulu. Kemudian, lepas siap susun doh ayakkan sedikit tepung di atas doh supaya bila kita nak ambil untuk goreng tak melekat di tangan. Rehatkan sekejap.
Kemudian, gorengkan pau. Pastikan minyak panas. Semasa permulaan perlahankan api, kemudian guna api sederhana.
Jika suka garing boleh goreng lama sikit, yang suka lembut kurangkan masa goreng. Angkat dan sejatkan supaya minyaknye turun.
Sedapnye makan panas, dengan intinya yang meriah.
Kredit resipi dan foto: Khadijah Jaafar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih Ropa Inti Sardin Kentang, Tepung Ubi Rahsia Kulitnya Rangup
Kulit Karipap Letak Daun Sup. Buat Macam Ni Memang Sedap & Wangi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source