Graduan Perniagaan Singkir Peserta ‘Favourite’, Miss Universe Indonesia 2023 Milik Fabienne Nicole Groeneveld
Bukan hanya bijak, malah cantik dan berpengalaman bertanding di peringkat antarabangsa!
Mungkin itulah di antara kriteria utama yang dipilih oleh panel juri sebelum mengangkat Fabienne Nicole Groenevelf dari daerah DKI Jakarta sebagai juara Miss Universe Indonesia 2023, semalam.
Berlangsung di Beach City International Stadium (BCIS), Ancol di hadapan ribuan penonton siaran langsung dan jutaan lagi yang menanti di hadapan skrin televisyen, Fabienne mengenepikan 29 wakil lain termasuklah peserta kegemaran ramai, Vina Anggi Sitorus dari Sumatera Barat yang terpaksa berpuas hati di kedudukan Naib Juara.
Fabienne lantas dimahkotakan oleh juara tahun lalu, Laksmi DeNeefe Suardana dari Bali dan secara rasminya menjadi Miss Universe Indonesia ke-30 pernah dimahkotakan dalam sejarah dunia ratu cantik di negara jiran itu.
Bagi masyarakat Indonesia, mereka sudah cukup mengenali Fabienne disebabkan pengalaman lampaunya yang cemerlang dalam dunia ratu cantik. Namun untuk kita di Malaysia, namanya masih janggal dan tidak begitu dikenali ramai. Jom kita lihat 5 fakta menarik mengenai kemenangan Fabienne Nicole Groenevelf.
01
Fabienne kini berusia 23 tahun dan merupakan seorang gadis yang amat mementingkan soal pelajaran. Buktinya, dia telahpun bergelar graduan dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dari Universitas Pelita Harapan pada tahun 2019 sebelum meneruskan pengajian dalam jurusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of New South Wales dan Australian Graduate School of Management pada tahun 2021.
02
Namanya tidak asing dalam dunia ratu cantik di Indonesia dan di peringkat antarabangsa. Ini memandangkan Fabienne pernah memenangi gelaran Miss Global Indonesia 2018 setelah beliau menamatkan persekolahan. Sewaktu Fabienne mewakili nama Indonesia di pertandingan Miss Global International, beliau telahpun mengharumkan nama negaranya apabila menduduki tangga Top 20 selain memenangi dua kategori berbeza iaitu Miss Photogenic dan Best in Evening Gown.
03
Semalam, Fabienne juga dikalungkan gelaran Miss Confidently Beautiful yang merupakan salah satu ‘petanda’ terbesar beliau bakal memenangi gelaran Miss Universe Indonesia 2023.
04
Sekiranya korang sukar menggambarkan kecantikan wajah yang dimiliki oleh Fabienne, ini kerana dia mempunyai campuran darah dalam susur galur keluarganya. Malah, Fabienne sendiri dilahirkan di Spijkenisse, Belanda pada 27 Disember 1999.
05
Fabienne pada hemat REMAJA juga merupakan seorang gadis yang mampu berfikiran di luar kotak dan tidak semestinya mengulang pakai strategi yang pernah digunakan oleh wakil ratu cantik sebelum ini. Ini terbukti sewaktu beliau menggalas gelaran Miss Global Indonesia 2018.
Pada waktu itu, Fabienne dengan kerjasama Surabaya Animal Care Community telahpun membawa ke hadapan mesej larangan perdagangan dan pemotongan anjing serta pengambilan dagingnya di seluruh Indonesia. Ia merupakan satu kempen advokasi yang bukan menyentuh isu besar di Indonesia; malah berlainan dengan advokasi wakil-wakil negara lain.
***
Tidak lama lagi, Fabienne bakal mewakili Indonesia di pertandingan Miss Universe 2023 yang bertempat di El Savador. Agaknya, bila pula Malaysia akan menamakan juara Miss Universe-nya pada tahun ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source