Chef Wan Hidap Kanser Limfoma, Nak Terus Kekal Positif & Beri Inspirasi Pada Orang Lain Di Masa Hadapan
Chef Selebriti yang tidak asing lagi, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan disahkan menghidap kanser limfoma.
Berkongsi berita tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya, Chef Wan memaklumkan dirinya dalam keadaan stabil kerana kanser yang dihidapinya masih lagi diperingkat awal.
Dalam perkongsiannya itu, Chef wan menjelaskan beliau didiagnos dengan penyakit tersebut setelah menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital petang semalam.
“Saya baru sahaja menjalani ujian ECG. Pada jam 3 petang doktor memaklumkan mengenai keputusan biopsi saya.
“Mereka perlu menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan itu. Saya sememangnya menghidap kanser limfoma.
“Saya perlu menjalani imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser ini sudah merebak ke organ lain termasuk menentukan ia di tahap berapa,” jelasnya.
Peluang Untuk Sembuh
Chef Wan turut memaklumkan beliau mempunyai peluang kira-kira 70 hingga 80 peratus untuk sembuh dengan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran dalam jangka tempoh 13 minggu.
“Isnin ini, saya akan melakukan ujian sumsum tulang kerana kanser limfoma juga dikaitkan dengan organ itu.
“Saya juga akan menjalani kemoterapi dan memulakan rawatan serta-merta sebanyak 13 kitaran iaitu bermaksud selama 13 minggu.
“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M Daud Kilau, Samy Velu, Liberace dan ramai lagi,” tulisnya.
Walaupun dalam keadaan begitu, chef selebriti ini masih lagi sempat berseloroh dan dilihat kekal positif menerima berita tentang penyakit kanser yang dihidapinya.
“Inilah kehidupan… anda hanya perlu melaluinya dengan positif. Anak perempuan dan menantu saya sedih mendengar berita ini. Tetapi saya kata jangan menangis, saya belum pergi lagi.
“Saya perlu kuat dan sihat kerana saya juga perlu menjaga ramai orang. Insya-Allah, Allah akan jaga saya.
Mahu Beri Inspirasi & Bantu Orang Lain
“Terima kasih atas semua doa dan ucapan. Tolong jangan risau kerana kita semua akan melalui ini bersama-sama supaya kita boleh memberi inspirasi dan membantu orang lain di masa hadapan,” tulisnya.
Meskipun sedang diuji dengan penyakit yang paling ditakuti, Chef Wan tetapi positif malah tetap memikirkan untuk terus membantu dan memberikan inspirasi kepada orang lain yang menerima penyakit sama sepertinya.
Chef Wan pernah berkolaborasi bersama Majalah RASA menerusi program televisyen yang disiarkan di Saluran Astro Ria sepanjang Bulan Ramadan selama dua musim berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020.
Menerusi program Rasa Nostalgia Ramadan itu, Chef Wan berkongsi pelbagai resipi menarik buat peminat sepanjang bulan yang mulia itu.
Suka menghulurkan bantuan dan tidak lokek dengan ilmu masakan, ramai yang mendoakan Chef Wan supaya diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Kami di Majalah RASA juga turut mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan Chef Kesayangan ramai ini dan semoga segala urusan Chef Wan dipermudahkan. Amin.
Sumber: Instagram Chef Wan
Ayam Berkuah Kacang dan Biskut Pecan Istimewa, Sajian Raya Serina & Papanya Chef Wan
Datuk Chef Wan Dan Naqiu Masak Nasi Tomato & Ayam Masak Merah, Imbau Nostalgia Ramadan
Ini 4 Resipi Chef Wan Kongsikan, Sesuai Untuk Juadah Di Hari Raya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source