Bagi bunga & lego, pemuda 19 tahun gigih naik bas empat jam demi pujuk cik tunang
Hati perempuan mana yang tidak luluh apabila kekasih hati sanggup menunjukkan ‘effort’ dengan datang dari jauh untuk membuat kejutan selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Miza Qistina, dia telah berkongsi momen sewaktu terkejut kerana melihat tunangnya ada di depan mata sambil membawa hadiah demi memujuknya yang merajuk ketika itu.
@mizaqstna bunga lego ye gaes
Menerusi video yang dikongsikan, pada awalnya tunang kepada pengguna TikTok itu memberitahu akan ada penghantaran bunga yang dibuat oleh rider selepas habis kelas memandangkan gadis berkenaan merupakan penuntut salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Ternyata, tunangnya sendiri yang menghantar bunga dan juga permainan lego kepadanya. Menurut Miza lagi, tunangnya yang berusia 19 tahun itu telah datang dari Johor ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas demi bertemunya.
@mizaqstna info info, lego beli dkt sunway😭🤌🏼
Memetik laporan dari Mstar, gadis berkenaan menyatakan yang tunangnya datang untuk memujuk kerana berlaku perselisihan faham antara mereka dan lelaki itu ingin menghantar bunga sempena National Girlfriend Day pada 1 Ogos lalu.
Disebabkan dia tidak suka menyambut perayaan-perayaan sebegitu, tunangnya mencari cara lain untuk memujuk.
“Sebelum tu kami berdua ada salah faham, biasalah dugaan bertunang. Mahu memujuk, tunang nak hantar bunga kepada saya sempena National Girlfriend day pada 1 Ogos.
“Saya beritahu dia yang saya ni tak suka sambut hari macam tu. Dia pula memang dah tahu yang saya ni tak suka bunga, jadi saya kata tak perlu hantar”
Petang tu selepas saya habis kuliah ingatkan Lalamove yang hantar, tapi rupa-rupanya di yang datang ke universiti dengan menaiki motor.
“Memang saya terkejut sebab dia sebenarnya naik bas dari Johor sebelum dapatkan motor entah daripada mana setibanya di KL,” ujarnya.
@mizaqstna bunga pasar seni to lego real quick
Difahamkan mereka masih lagi bergelar pelajar dan masing-masing gigih membuat kerja sambilan untuk menghalalkan hubungan selepas mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu.
Tambah Miza lagi, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan dan berharap segala urusan dipermudah.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source