Pertandingan Miss Universe Malaysia 2023 Gantung Tak Bertali Setelah MUO Tamatkan Lesen Pemiliknya, Poppy Capella
Kontroversi pemeriksaan badan oleh organisasi Miss Universe Indonesia 2023 sehingga memaksa para pesertanya menanggalkan pakaian dalam di hadapan 20 orang staf organisasi termasuklah lelaki, mendapat perhatian serius daripada Organisasi Miss Universe.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dilampirkan oleh organisasi tersebut hari ini, ia serta-merta menamatkan kontrak francais yang dipegang oleh pemilik baharu Miss Universe Indonesia dan Miss Universe Malaysia itu.
“Organisasi Miss Universe telah memutuskan untuk menamatkan pertaliannya dengan francais terkini di Indonesia, PT Capella Swastika Karya dan Pengarah Kebangsaannya, Poppy Capella.
“Melihat situasi terbaru yang berlaku di Miss Universe Indonesia, adalah jelas bahawa francais tersebut tidak menepati piawaian jenama, etika atau harapan seperti yang termaktub di dalam buku panduan serta kod tatalaku francais kami.”
“Adalah satu keutamaan bagi Organisasi Miss Universe untuk memastikan keselamatan wanita terjamin dan beberapa kejadian yang berlaku di pertandingan ratu cantik tersebut amatlah bertentangan dengan apa yang kami perjuangkan sebagai satu organisasi,” ulas kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Organisasi Miss Universe juga memaklumkan bahawa pemilikan organisasi Miss Universe Malaysia oleh PT Capella Swastika Karya akan ditamatkan serta-merta. Mereka juga tidak akan diberikan sebarang kontrak tambahan pada masa hadapan bersama Organisasi Miss Universe.
“Kami akan membatalkan pertandingan Miss Universe Malaysai 2023 dan akan menyusun perancangan agar pemenang (Miss Universe) Indonesia 2023 boleh terus bertanding pada edisi Miss Universe tahun ini,” tambahnya lagi.
Sekaligus, nasib yang melanda pertandingan Miss Universe Malaysia 2023 untuk mencari wakil negara yang bakal bertanding di El Savador pada 18 November kelak kini tergantung tanpa bertali dek keputusan ini.
Malah, spekulasi membabitkan penamaan selebriti tempatan, Amelia Thripura Henderson sebagai wakil Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2023 menerusi cara ‘hand pick’ juga kian kabur.
ARTIKEL BERKAITAN: Bijak, Cantik & Berkarakter! Pakej Lengkap Amelia Henderson Sesuai Sebagai Calon Miss Universe Malaysia 2023 – REMAJA
Organisasi Miss Universe juga menegaskan bahawa tiada sebarang kriteria tetap membabitkan ukuran ketinggian, berat badan dan dimensi fizikal para peserta yang ingin menyertai Miss Universe dari mana-mana negara.
Oleh itu, jelaslah apa yang diperlakukan oleh organisasi Miss Universe Indonesia tempoh hari telah melanggar kod etika dan wajar dilabel sebagai gangguan seksual.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source