Sejauh Mana Wilayah Kedah Dahulu?
Keluasan Kedah tak seperti harini. Kekuasaan Kedah menganjur dari Tenang Siram (Tennaserim di bawah kuasa Myanmar), Ujung Salang (Phuket), Trang, Setul Mambang Segara (Satun), Perlis hingga ke Pulau Pinang dan utara Perak.
Pernah dahulu ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II (1710 – 1778), wilayah Kedah tersangat luas merangkumi utara Thailand dan sempadan Myanmar melepasi Segenting Kra.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Angkatan tentera Kedah memperluaskan pengaruh dari Pulau Sembilan yang terletak di Perak.
Ketika itu, angkatan tentera kedah diterajui oleh putera Sultan Muhammad Jiwa Adilin Mu’adzam Shah II sendiri iaitu Tunku Anjang.
Penguasaan Kedah menjauh sehingga negeri-negeri utara seperti Seberang Perai dan Pulau Pinang, Perlis dan termasuk Satun, Thailand.
Kesemua wilayah ni berada bawah taklukan Kedah. Kota Sena atau kini dikenali Kangar dan Kota Indera Kayangan pernah menjadi pusat pemerintahan Kedah satu ketika dahulu.
Penaklukan Kedah tak terhenti disitu, malah Kedah menakluki wilayah-wilayah baharu dari Terang, Krabi, Phuket, Phanga dan Pulau Samilan. Kini, wilayah-wilayah tersebut milik Thailand.
Malah wilayah-wilayah ni ada nama Melayunya sebelum ditukar ke dalam bahasa Siam.
Antaranya termasuklah Kerambit yang kini dikenali sebagai Krabi. Ujung Salang atau Bukit ialah nama asal bagi Phuket manakala Phanga dahulunya dikenali sebagai Bunga.
Tentera Kedah sangat kuat sehingga mampu meluaskan jajahan sampai ke Ranong, Thailand serta perairan Myanmar. Dalam penaklukan wilayah-wilayah ni, tak semua daripadanya milik Siam dan ada di antaranya mempunyai kerajaan merdeka.
Ranong pun pada asalnya dikenali sebagai Rundung, namun kemudiannya ditukar.
Mercu tanda di Segenting Kra iaitu di wilayah Ranong dibina oleh kerajaan Thailand dan diukir padanya “Di sinilah bermulanya bumi Melayu”, sebagai bukti bahawa Kedah pernah menjajah sehingga ke sana.
Sebenarnya sehingga sekarang penduduk Melayu yang berasal daripada wilayah Setul (Satun) hinggalah ke Rundung (Ranong) dan Pulau Dua (Kawthoung) di dalam wilayah Myanmar masih bertutur dalam Bahasa Melayu dengan loghat Kedah.
Oleh: Azizul Farhan
___
Baru cakap pasal besarnya wilayah Kedah dah buat korang kagum. KITAB TAMADUN MELAYU ialah lautan untuk korang selam lagi kerajaan-kerajaan Melayu yang lain seperti Langkasuka, Chih-Tu dan Champa dalam buku ni. Dapatkan sekarang.
https://bit.ly/40FLVup
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source