Emma Maembong ‘puasa’ nasi, sanggup tahan lapar untuk turunkan berat badan!
Pelakon jelita, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mengakui tidak mudah buat dirinya untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan dua orang cahaya mata.
Bagaimanapun, ia bukanlah alasan buat aktres berusia 31 tahun untuk menggunakan jalan pintas untuk menurunkan berat badan, sebaliknya mengamalkan senaman dan mengawal corak pemakanan harian.
Memetik portal Gempak, pelakon drama Isteri Separuh Masa berkata, dirinya sanggup tidak menyentuh nasi langsung sehingga menganggu emosinya setiap kali terpaksa tahan lapar.
“Saya sudah lebih kurang tiga bulan bersalin cahay mata kedua dan bukan sesuatu yang mudah sebenarnya untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.
“Malah, pada peringkat awal, saya langsung tidak menyentuh nasi. Tidak dinafikan menganggu mood sehinggakan saya menjadi ‘cranky’ kerana menahan lapar.
“Jadi, apabila ada yang kata saya, jalan itu lebih mudah buat saya tidak benar sama sekali. Selain bersenam, saya juga menahan lapar. Mungkin dulu saya tidak bersenam, namun metabolisma kini tidak sama,”ujarnya.
Tegas Emma, keputusannya untuk bersenam bukanlah kerana menerima tawaran lakonan, tetapi memikirkan akan tahap kesihatan sendiri, lebih-lebih dirinya sukar untuk menghilangkan lemak selepas bersalin.
“Seandainya tidak bersenam, lemak selepas bersalin itu menjadi tepu dan sukar untuk dikurangkan. Jadi, ambil masa juga sebenarnya.
“Saya berdiet dan bersenam bukan kerana tawaran berlakon semata-mata, sebaliknya atas faktor kesihatan juga. Bukan apa, semakin meningkat usia, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan. Jadi, tiada jalan pintas untuk kurus,”akuinya.
Sebelum ini, nama Emma Maembong menjadi bualan ramai selepas dirinya dikatakan tidak berpantang selepas selamat melahirkan anak kedua, Shakil Aryan Shah pada 10 Mei lalu.
Sumber: Gempak (Asyikin Mayudin), Instagram @emma_maembongofficial
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source