Miliki firma guaman, Allahyarham Salahuddin Ayub nasihati anak tanam sifat ‘Rahmah’ bantu klien
Anak kepada bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub iaitu Fatihah Salahuddin mendedahkan bapanya seorang pendengar setia dan pemberi nasihat buat dirinya terutama soal kerjaya.
Fatihah yang memiliki firma guaman sendiri berkata, bapanya pernah bertanya mengenai perancangannya selepas tidak lagi berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Speaker Dewan Rakyat ke-9, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof.
Dengan santainya, beliau menjawab dengan tenang dan yakin mahu terus mengusahakan firma guaman miliknya sendiri iaitu Tetuan Fatihah Salahuddin.
“Tiga tahun lepas masa kerajaan dijatuhkan dan usul tukar Speaker diluluskan oleh Dewan, ayah panggil saya di ruang tamu rumah. “Apa plan lepas ni?”
“Sebelum usul diluluskan pun, kami di Pejabat Speaker sudah menjangkakan perkara tersebut bakal berlaku. Saya pun telah bersiap sedia dengan exit plan saya.
“Secara santai, saya jawab,”InsyaAllah, teruskan dengan firm (firma),”katanya.
Bercerita lanjut, Fatihah sempat berseloroh megenai elaun diterima apabila bapa memintanya untuk membantu menguruskan hal ehwal Parlimen dan DUN dan mengakui ia bukanlah perkara sukar kerana sudah mempunyai pengalaman.
“Kemudian, saya mula uruskan berkaitan hal ehwal Parlimen dan DUN ayah. Kadang-kadang. Bagi hal ehwal Parlimen, tidak begitu sukar memandangkan saya sudah ada networking semasa di Pejabat Speaker.
“Bagi hal ehwal DUN pula, saya banya rujuk kawan. Antaranya, Bob atau nama sebenarnya Fakhrurrazi sebab beliau menguruskan hal ehwal YB YB Liew Chin Tong (ADUN Perling). Malu bertanya sesat jakan ya tak? Dari situ saya biasakan diri untuk berurusan dengan Pejabat Jurutulis.
“Saya juga bertanggungjawab untuk membalas e-mel ayah terutamanya berkaitan jemputan daripada Kedutaan Asing dan mengatur perjumpaan Kedutaan Asing dengan ayah memandangkan ayah menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Hal Ehwal Antarabangsa,”ceritanya.
Fatihah yang juga anak kepada ‘Bapa Rahmah Malaysia’ mendedahkan bapanya pernah meninggalkan pesanan berharga buat dirinya ketika sedang berkongsi pengalaman berurusan dengan klien yang mendapatkan khidmat guamannya.
Fatihah berkata, terdapat segelintir klien yang mendapatkan perkhidmatan guamannya berdepan dengan masalah kewangan sehingga sukar bagi dirinya untuk mengenakan kadar bayaran seperti biasa.
Namun, Allahyarham Salahuddin Ayub menitipkan pesan buat dirinya agar menanam sifat ‘Rahmah’ ketika membantu mereka yang memerlukan.
Menerusi perkongsiannya di laman Facebook miliknya, dia turut mengakui begitu senang bekerjasama dengan arwah bapanya dan tidak pernah sekalipun dimarahi sepanjang mereka berdua bekerja.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source