Menteri nafi dakwaan sekolah agama Selangor diarah tutup
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, menafikan dakwaan lebih 200 sekolah agama di Selangor diarah tutup.
Katanya, tuduhan sekolah agama rakyat diberikan surat amaran untuk keluar dari premis perniagaan yang disewa adalah kenyataan tidak berasas dan bertanggungjawab.
“Dakwaan pihak berkaitan konon amaran diberikan kepada sekolah agama persendirian supaya diarah keluar dari premis adalah tidak benar sama sekali dan berniat menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam,” katanya dalam kenyataan.
Isnin lalu, Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Selangor dan Negeri Sembilan dilaporkan menyuarakan kebimbangan terhadap amaran penutupan sekolah agama di Selangor yang dibuat oleh pimpinan bukan Islam.
Pengerusi Sekretariat NGO Islam Selangor, Nazilah Idris, berkata kira-kira 200 sekolah agama di negeri itu didakwa mendapat surat amaran untuk keluar dari premis perniagaan.
Sementara itu, Na’im berkata, pihaknya mewujudkan garis panduan pemutihan bermula 1 Jan 2021, susulan insiden kebakaran melibatkan kemalangan jiwa di sekolah agama persendirian di Kuala Lumpur pada 2017.
“Ia bertujuan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar dan seluruh warga institusi tahfiz persendirian,” katanya.
Beliau berkata, penguatkuasaan garis panduan itu mendapat kerjasama Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) yang dianggotai 478 institusi Sekolah Agama Persendirian.
Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) turut menetapkan pihak sekolah perlu memenuhi syarat pendaftaran menerusi garis panduan pemutihan yang dikeluarkan.
“Kelonggaran telah diberikan kepada pihak sekolah selama dua tahun. Dalam tempoh ini, pihak Jais telah mengeluarkan pendaftaran lanjutan kepada pihak sekolah bagi memberi peluang pihak sekolah mendapatkan ulasan daripada agensi berkaitan,” katanya.
Na’im menggesa semua pihak merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa supaya fakta dan konteks sesuatu isu itu tepat serta jelas.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source