Gubal akta muzik dalam 2 tahun, kata Fahmi
PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata satu akta menyeluruh untuk industri muzik akan diwujudkan dalam tempoh dua tahun.
Beliau berkata, memandangkan akta untuk industri muzik belum ada, perkara itu perlu diteliti, termasuk berkaitan aspek mengawal selia industri itu serta pemasaran.
“Kita jangka proses menggubal akta mengambil masa, namun ada usaha mendampingi, membantu dan menyediakan beberapa dasar yang sesuai dan manfaat serta menepati keperluan industri muzik akan diusahakan,” katanya selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini, semalam.
Fahmi berkata, KKD bersetuju mewujudkan gerak usaha menggubal akta muzik selepas mendapat pandangan pelbagai pihak, termasuk penggiat industri itu.
Katanya, dalam sesi dialog awam MyCreative Ventures bersama penggiat industri muzik sebelum ini, antara isu yang dibangkitkan ialah usaha membawa produk kreatif tempatan ke peringkat antarabangsa.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, akta itu tidak melibatkan royalti penggiat muzik kerana isu tersebut diselia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
“Kita masih di peringkat awal, jadi sukar untuk saya sebut apa bentuknya nanti, tapi kita terima cadangan beberapa pihak, sebagai contoh mewujudkan satu badan yang dapat mengawal selia industri muzik.”
Katanya, ada yang berpandangan fokus untuk badan dapat mengawal selia atau membantu industri muzik adalah ke arah mengasah bakat, membantu aspek pemasaran dan memastikan pertumbuhan ekosistem yang mampan.
Fahmi berkata, setakat 2022, MyCreative membangunkan lebih 10,000 individu dan perniagaan kreatif serta menyokong lebih 30,000 kerja dalam industri kreatif melalui saluran dana RM447.7 juta dan pinjaman berjumlah RM558.45 juta diluluskan.
Sejak penubuhannya sehingga kini, katanya, MyCreative mengangkat pelbagai bentuk seni dan penggiat kreatif melalui pelaburan strategik dan inovatif serta penyediaan platform dinamik.
Pada majlis itu, Fahmi menyampaikan Dana Kandungan Digital (DKD) sehingga RM50,000 kepada 10 individu mencipta lagu bertemakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia atau lagu patriotik bertemakan kenegaraan dalam pelbagai muzik serta genre.
Mereka disenarai pendek daripada 53 permohonan yang diterima selepas melalui saringan ketat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source