Tak Wangi Tak Apa, Henti Sapu Bedak Pada Anak Lepas Mandi, Bahaya!
Jangan ambil mudah soal berpantang. Ada sebabnya mengapa orang tua dahulu menyuruh ibu bersalin untuk berehat secukupnya dalam tempoh berpantang. Salah satu kerisauan adalah jika si ibu mengalami bentan.
Seksanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bentan biasanya berlaku jika si ibu mengguna pakai tubuh secara ekstrem selepas bersalin. Biasanya si ibu membuat kerja rumah, berdiri lama atau mengangkat barangan yang berat.
Artikel Menarik: [Dalam Pantang Jenis Makanan Ini Cepat Pulihkan Ibu. Tak Semestinya Ambil Pakej Mahal]
Pengamal Perbidanan Melayu, Siti Aishah Abdul Rahman berkongsi berkaitan isu bentan dari sudut perbidanan Melayu. Semoga perkongsian darinya dapat memberi penerangan kepada para ibu yang akan bersalin atau sedang berpantang.
Buat Kerja Berat, Makan Bukan-bukan
Ibu yang berpantang tidak boleh terlalu banyak bergerak. Apatah lagi melakukan pelbagai kerja yang menggunakan tenaga secara keterlaluan. Mungkin kedengaran remeh, tetapi mencuci pakaian sangat TIDAK BOLEH dilakukan oleh ibu berpantang. Membasuh baju tidak salah tetapi ketika mahu menyidainya, baju basah berat dan memakan tenaga ibu berpantang.
Ibu juga tidak boleh bebas berjalan laju atau berdiri dalam tempoh yang lama. Orang lama amat menitikberatkan soal ibu berpantang untuk berjalan perlahan-lahan. Ini kerana dikhuatiri ibu akan tersadung ketika berjalan. Jika ibu jari kaki terkena pada benda keras, ia akan mengganggu saraf yang lain dan inilah satu sebab berlakunya bentan. Jangan makan sembarangan. Makanlah lauk pantang yang kaya nutrisi tetapi elakkan makanan berangin.
Makanan yang mempunyai unsur angin atau sejuk antara faktor bentan. Badan ibu dalam proses pemulihan selepas melahirkan bayi, jika mengamalkan makanan sejuk atau berangin akan membuatkan ia ‘terkejut’. Ibu yang tersalah makan biasanya akan mengalami pedih hulu hati dan badan menggigil.
Simptom Ibu Terkena Bentan
Jika seseorang ibu terkena bentan, dia akan mengalami demam panas. Suhu boleh mencecah sehingga 40 – 41° selsius. Ketika orang lain merasa tubuhnya dari luar, terasa sangat panas sedangkan di dalam, si ibu terlalu sejuk. Badan juga tidak berhenti menggigil.
Seluruh badan akan merasa letih dan si ibu tidak mampu bergerak. Jika berlaku situasi begini, suami disarankan untuk membawa isteri berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah sebenar. Boleh jadi ibu hanya mengalami masalah jangkitan kencing kotor. Kenali Jenis Bentan Terdapat tiga jenis bentan yang perlu anda ketahui:
- Bentan Urat. Berlaku jika ibu terlalu aktif ketika berpantang. Simptomnya demam panas, badan menggeletar dan badan terasa sakit-sakit.
- Bentan Peranakan Kecil. Jika ibu mengalami tumpah darah, bentan jenis ini dikenali sebagai bentan peranakan kecil.
Pergerakan lasak ibu menyebabkan urat saraf peranakannya tegang dan ibu tidak boleh bergerak. Biasanya bentan ini berlaku kerana ibu berjalan banyak dan mengangkat barang berat.
- Bentan Peranakan Besar. Jika ibu nampak seperti kemurungan dan mengalami simptom-simptom bentan tadi, berkemungkinan dia mengalami bentan peranakan besar. Ada masanya bentan jenis ini boleh menyebabkan ibu mengalami foot drop (kaki tidak boleh digerakkan) atau lebih teruk lagi, post partum stroke (kelumpuhan separuh badan).
Bentan jenis ini agak sukar untuk dirawat dan mengambil masa. Elakkan bentan dengan berehat secukupnya, jalan perlahan-lahan, jangan buat kerja berat dan paling penting, ketika melangkah atur kecil.
Ibu juga tidak dibenarkan untuk berjalan sambil menghentakkan kaki. Jika anda membuat rawatan dengan terapis pantang tradisional, ketahuilah mereka tidak berhak untuk membuat diagnos sama ada anda mengalami bentan atau meroyan.
Artikel Menarik: [Lepas Bersalin Perut Masih Buncit, Mungkin Ibu Ada Miss 7 Amalan Berpantang Ini]
Ketika berpantang, pastikan terapis yang menjaga anda mempunyai tauliah. Jangan benarkan mereka untuk membuat urutan sengkak rahim jika tempoh berpantang tidak melebihi hari ke-30. Rahim yang masih bengkak jika dibuat sengkak rahim akan menyebabkan bentan.
Jika bertungku, elakkan dibuat pada kawasan sekitar rahim jika belum 30 hari berpantang. Bengkak susu juga boleh menyebabkan bentan. Jumpa doktor untuk dapatkan ubat dan pemeriksaan lanjut. Jika mahu kurangkan kesakitan bengkak, anda boleh tuam dan minta diurut perlahan-lahan. Jangan mandi air sejuk, apatah lagi di waktu malam.
Satu lagi penyebab bentan adalah BERJIMAK (yang boleh menyumbang terjadinya post partum strok). Jika mahu duduk di kawasan berkipas atau berpenghawa dingin, jangan terarah kepada ibu sahaja. Pastikan aliran udara memenuhi sekitar bilik.
Bagaimana Mahu Merawat Bentan?
Untuk merawat bentan, anda boleh mencuba petua ini. Sapukan kunyit hidup yang diketuk pada celahan jari kaki. Salah satu kaedah berpantang adalah dengan menyalai tubuh. Sapukan minyak panas di keseluruhan tubuh sebelum duduk di atas pendiang. Minyak panas yang terbaik adalah minyak panas yang dihasilkan daripada halia.
Dalam pantang, banyakkan minum air panas dan amalkan minum kopi kampung. Berikut resipi minyak panas yang boleh anda cuba:
1 liter minyak masak Halia (bersaiz satu telapak tangan)
Segenggam halba
Segenggam habbatus sauda
Cara membuatnya adalah dengan memanaskan minyak dan masukkan semua bahan lain. Gunakan api kecil. Sejukkan minyak tersebut dan bolehlah diguna. Jika mahu guna minyak ini untuk mengurut, tambahkan satu labu bawang putih dan dimasak dengan cara yang sama.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source