Tak puas hati dengan kenyataan isteri, individu diminta jumpa Caprice & selesaikan masalah
Baru-baru ini, penyanyi rap dan pempengaruh media sosial, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah memuat naik sebuah video memaparkan keadaan kereta isterinya dikotorkan oleh seseorang.
Bahkan, Caprice dalam satu hantaran menyifatkan tindakan tersebut sangat melampau kerana ia sudah masuk dalam kategori menganggu keselamatan mereka sekeluarga, lebih-lebih lagi kediamannya cukup privasi.
Terbaharu, pelatun lagu Takde Hal Bro itu meluahkan perasaan dan pandangan dengan meminta mana-mana individu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan isterinya baru-baru ini (berhubung podcast bersama Abang Tesla dan isteri pertamanya) agar berjumpa dengan dirinya sendiri.
Tegas Caprice, sekiranya individu tersebut benar-benar seorang lelaki sejati, adalah sepatutnya dia terus berjumpa dan menyelesaikan masalah sendiri dengan dirinya tanpa melibatkan wanita.
“Saya cuma mahu cakap, kepada sesiapa yang mungkin tidak berpuas hati, maksud Cap (Caprice) dengan isteri Cap. Kalau hang betul-betul jantan, tak puas hati dengan kenyataan isteri Cap, cari Caprice, cari ini (sambil tunjuk dirinya), kita (Caprice) tak pernah tak sampai.
“WhatsApp lokasi pada saya, insyaAllah Cap sampai, tapi jangan kacau perempuan,”ujarnya dalam Insta Story.
Dalam pada itu, Caprice turut menyoal dirinya sama ada perlu untuk berpindah ke kediaman baharu atau pun memperketatkan lagi sekuriti mereka sekeluarga setelah menerima gangguan seperti ini.
Dikesempatan itu, Caprice berterima kasih dan memuji kepantasan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana segera ke rumahnya untuk membuat siasatan.
“Hampir tiga jam dengan pihak polis. Terima kasih kepada pihak PDRM, pihak polis Hartamas dan Mont Kiara dan pasukan jenayah yang sangat profesional kerana membantu kami.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar,”luahnya.
Sebelum ini, isteri Caprice iaitu Farra Inalis menyuarakan pandangan bahawa seseorang wanita mempunyai hak untuk ‘pergi’ sekiranya tidak rela dimadukan oleh suami mereka.
“Dia (suami) bebas buat pilihan untuk berkahwin, kita sebagai isteri juga ada hak nak pilih suami. Nak bersama atau ‘chow’ (pergi).
“Jadi, kita lelaki pilih untuk berkahwin ramai, akan ada perempuan yang mahu bersama ataupun yang mahu pergi. Jadi tidak salah untuk dua-dua itu. Hanya perlu hormat pendirian masing-masing,” tegasnya.
Sumber: IG Caprice
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source