“Tuah, Rezeki Ayahanda & Bonda” Dah Cukup Sebulan, Majlis Tahnik & Cukup Jambul Anak Remy Ishak Meriah!
Lain orang lain cara didikannya. Bagi pelakon, Mia Ahmad, dia mempunyai caranya yang tersendiri dalam mendidik dua orang cahaya matanya.
Malah dua pengalamannya dalam membesarkan dua anaknya, Issa dan Iris memberi satu pengalaman dan pengajaran yang berbeza bagi dirinya.
Kata Mia lagi, apa yang penting adalah memastikan bonding dengan anak kuat dan anak-anak sentiasa dekat dengan kita.
“Ilmu parenting omputeh kata jangan angkat anak tu bila menangis nanti takleh buat kerja apa.
“Ilmu parenting yang saya belajar sekarang mengatakan kalau anak kecil menangis parents tak angkat, akan memberikan kesan emosi kepada anak.
“Anak akan rasa mereka tak didengari dan tak dipedulikan bila besar nanti. Believe me, saya dah lalui,” katanya berkongsi.
Rasa anak makin jauh
Malah kata isteri kepada pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi ini lagi, dia sendiri pernah melalui pengalaman yang sama bila mana melatih anaknya untuk lebih berdikari.
Namun katanya, dia makin terasa jauh dari anak sulungnya itu.
“Memang mudah, Issa tak ganggu saya bila saya nak buat apa-apa tapi bonding tu tak ada.
“He tak peduli apa yang saya buat cuz he loves to be in his own world. There is where saya mula rasa we are so close yet so far.
“Dia depan mata tapi saya rasa sangat jauh.. hati tak bersatu.
“Syukur saya dalam banyak perkara yang terjadi ni, di mana saya mula value setiap waktu yang ada bila bersama dengan anak-anak. Pengalaman saya untuk semua. Semoga bermanfaat.
“Ni Iris, overly attached pula! Macam magent pi toilet pun ikut,” tulisnya lagi.
Biar apa pun caranya, kita ikut cara dan rentak kita dalam mendidik anak-anak menjadi yang lebih baik.
Terdahulu, Mia mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Sayf Issa dan Iris.
Menarik: Atuk Kena Teman Pusing-Pusing, Birthday Jeanelle, DS Ismail Sabri Curi Tetap Luang Masa!
Nak biar anak relaks dan mood selalu baik, rajin-rajinlah bawa anak keluar. Boleh ke Farm In The City.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source