Segan Rambut Penuh Kelemumur? Ayuh Ikuti TIPS Penjagaan Ini Untuk Kulit Kepala Sihat!
Tidak kira musim, kulit kepala yang mengelupas boleh menjadi masalah menjengkelkan yang menyebabkan kegelisahan bagi setiap individu yang mengalaminya.
ARTIKEL BERKAITAN: Hampir Botak Dek Kerana Rambut Gugur? Jom Ikuti 3 Tip Ini Untuk Rambut Lebat & Bersinar!
Jadi bagaimana anda mahu menghilangkannya? Haaaa..ayuh ikuti tips penjagaan kulit kepala ini dari REMAJA:
1. Ubah Diet Anda
Menurut Dr Macrene Alexiades, pakar dermatologi yang berpangkalan di New York, pemakanan yang buruk boleh menyebabkan kelemumur.
“Makanan berkarbohidrat tinggi boleh mengakibatkan pengumpulan glikogen dalam kulit, yang dimakan oleh ragi,” jelasnya.
Hal ini kerana, makanan manis dan tenusu berkemampuan untuk merangsang kelenjar sebum, yang kemudiannya menghasilkan lebih banyak minyak pada kulit.
Jadi sekiranya anda mahu kulit kepala bebas kelemumur, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bernutrisi karbohidrat dan gula. Barulah kulit kepala bersih dan sihat!
2. Cuci Rambut Lebih Kerap
Menurut pendandan rambut antarabangsa dan pakar hairstylist Pantene, Barney Martin, berapa kerap anda perlu membasuh rambut dengan syampu sebenarnya bergantung kepada jenis rambut, tetapi secara umum, ramai yang melakukannya dengan kerap
Individu yang terdedah kepada kelemumur atau dermatitis seborrheic harus kerap mencuci rambut mereka sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu untuk mengurangkan pembentukan kelemumur.
3. Skrub Kulit Kepala Anda
Sama seperti keperluan untuk skrub kulit anda, skrub kulit kepala anda dengan lembut juga penting untuk mengangkat lapisan mati di atas kulit kering.
Pengelupasan kulit kepala biasanya menanggalkan kulit mati dengan sejumlah kecil asid salisilik
Menurut pakar, anda disyorkan menggunakan scrub rambut pada rambut yang basah dan kemudian disyampu sebanyak dua kali seminggu. Pastikan juga anda membaca arahan cara penggunaan skrub tersebut sebaik-baiknya supaya anda membiarkannya pada rambut dalam jangka masa yang betul.
4. Jangan Garu atau Cungkil
Biasalah bila rambut penuh kelemumur atau sudah berminyak, kulit kepala pasti akan terasa sangat gatal dan tidak selesa.
Meski hati meronta mahu menggaru dan mencungkil kuping kelemumur tersebut tetapi anda harus tahu bahawa menggaru boleh memburukkan lagi keradangan dan kerengsaan kulit kepala.
Terutama jika anda mempunyai kuku yang panjang dan tajam, menggaru boleh menyebabkan luka kulit kepala terbuka yang membawa kepada jangkitan.
5. Gunakan Syampu Yang Bersesuaian
Majoriti pakar percaya bahawa syampu kelemumur khusus adalah cara yang paling berkesan dan paling cepat untuk merawat kelemumur. Ianya boleh didapati melalui preskripsi doktor atau di kaunter farmasi berdekatan.
Bagi anda di luar sana yang mencari syampu anti-kelemumur yang berkesan, boleh dapatkan syampu Suu Balm Gentle Moisturizing Anti-Kelemumur . Formula ini diperkaya dengan tiga jenis bahan aktif anti-kelemumur iaitu Piroctone Olamine, Climbazole, dan Capryloyl Glycine di mana ianya semua amat sesuai untuk kulit kepala sensitif.
Formula lembut namun berkesan ini juga mampu membantu dalam mengurangkan pengelupasan kulit kepala yang kelihatan dalam masa tujuh hari sahaja, di samping sifat mentol semula jadinya yang melegakan gatal secepat mungkin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Suu Balm Malaysia, WATSONS
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source