Azura teguh pertahan daulat negara, meski ‘dibedil’ peluru penceroboh
BANTING: Masih segar di ingatan Azura Hassan Zainal Abidin pengalamannya dalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada malam Aidilfitri 24 tahun lalu.
Ketika umat Islam lain bersiap menyambut hari lebaran itu, beliau dan rakan sepasukannya pula mengangkat senjata berjuang mempertahankan kedaulatan negara di terumbu Layang-Layang, Laut China Selatan.
“Waktu itu, nyawa saya dan rakan-rakan ibarat telur di hujung tanduk, Kami di tengah-tengah laut…bayangkan kalau mereka tenggelamkan terumbu itu? Tiada siapa tahu nasib kami malam itu.
“Alhamdulillah berkat doa semua orang, tiada apa-apa yang berlaku dan penceroboh tak dapat masuk, esoknya kita beraya dengan penuh makna,” kata pesara berpangkat Bintara Kanan (BK) peperangan atas permukaan (PAP) kepada FMT.
Titik peluh dan pengorbanan anggota TLDM itu berjaya ‘memerdekakan’ terumbu Layang-Layang kini, kini menjadi pulau peranginan terkemuka terutama untuk penyelam melihat keindahan hidupan marin, walaupun pada asalnya ia hanya terumbu sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter di perairan Sabah.
Pulau itu kini dilengkapi landasan kapal terbang, markas tentera, kincir angin, menara pemerhati, resort dan jeti.
“Selalu ada kemasukan (pencerobohan) waktu saya (berkhidmat) dari 1997.
“Di situ banyak hasil mahsul kita di Malaysia, ada hasil minyak jadi kawasan itu kita jagalah,” kata bapa kepada empat anak itu yang kini berusia 48 tahun.
Lawan pengganas Sulu
Azura Hassan juga terbabit dengan dalam operasi pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu pada 2013, mengiringi Pasukan Khas Laut (Paskal) untuk memasuki ke kawasan perang menaiki bot tempur.
“Malam kejadian tembak menembak, saya menghantar mesej melalui WhatsApp isteri suruh jaga anak-anak. Waktu itu terasa sungguh syahdu, bolehkah jumpa anak dan isteri lagi, saya tidak tahu”.
Isterinya, Farah Zana Abdul Malek, 40, mengakui hatinya berdebar sebaik membaca pesanan suaminya yang memberitahu beliau akan berdepan peperangan amun terpaksa ‘berlagak’ seolah tiada apa-apa di depan anak yang masih kecil.
“Orang lain mungkin hidup macam biasa tetapi tidak kami, perlu lalu keadaan bergelap, berjaga-jaga dan rumah sentiasa diawasi macam dalam filem Bukit Kepong,” ceritanya yang lega apabila semuanya berakhir.
Tidak mahu lagi berdepan situasi cemas itu, Azura Hassan dan Farah berharap rakyat Malaysia menghargai keamanan serta mendoakan negara ini aman tanpa ada gangguan seperti peperangan zaman moden berlaku di Lahad Datu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source