PMX masih sama hingga Ogos, lafaz taklik lelaki cerai isteri talak 3 tak boleh ditarik
Tangkapan layar satu lafaz taklik seorang pengguna Facebook pada bulan Februari mengatakan yang akan menceraikan isteri andai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan hingga Ogos telah tular di media sosial baru-baru ini.
Tindakan tersebut sudah tentu mengejutkan ramai dan meminta agar individu berkenaan merujuk perkara tersebut kepada pihak berkuasa kerana ia melibatkan insitusi perkahwinan.
Susulan daripada itu, menerusi rakaman video di Facebook rasmi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah menjawab berkenaan isu tersebut.
Ujar beliau, berlandaskan sudut hukum, ungkapan taklik yang telah dinyatakan itu tidak boleh ditarik balik.
Peruntukan undang-undang telah menggariskan bahawa mana-mana permohonan untuk mengesahkan taklik perlu difailkan di mahkamah syariah kerana ia diperuntukkan dalam enakmen semua negeri.
“Isteri tidak boleh dijadikan objek, barang pertukaran atau sebab kepada sesuatu taklik,” tegasnya.
“Jadi dinasihatkan kepada isteri atau suami terbabit untuk memfailkan permohonan di mahkamah bagi mengesahkan penceraian tersebut.
“Hanya hakim syarie di mana pasangan terbabit bermastautin sahaja yang boleh menentukan sama ada taklik tersebut jatuh ataupun tidak,” katanya.
Beliau yang diminta untuk mengulas isu hantaran Facebook seorang individu berkenaan akan menceraikan isteri dengan talak tiga jika Anwar Ibrahim kekal sebagai perdana menteri menyatakan bahawa perkara tersebut sangat tidak bertanggungjawab
“Isteri sepatutnya dinaikkan martabat. Islam sendiri telah menaikkan taraf seorang isteri dan wanita,” tegasnya lagi.
Susulan daripada itu, Mohd Na’im menasihatkan agar golongan suami perlu bertanggungjawab dengan tidak melibatkan maruah isteri dalam lafaz jika bertaklik.
“Yang kedua, kalau nak mengesahkan sesuatu lafaz sama ada jatuh atau tidak jangan rujuk kepada pihak yang ketiga.
“Yang boleh menentukan sama ada lafaz itu jatuh atau tidak adalah hakim mahkamah syariah di mana pasangan itu bermastautin,” ujarnya.
Terdahulu, tangkapan layar satu akaun Facebook mengatakan jatuh talak tiga jika Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan masih utuh hingga Ogos menjadi perdebatan ramai sehingga individu di dalam gambar tampil membuat laporan polis.
Difahamkan, individu berkenaan memaklumkan yang Facebooknya telah digodam dan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu lebih-lebih lagi berkenaan rumah tangganya.
Sumber: FB Datuk Setia Dr. Na’im
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source