Wrap Nuget Ayam Untuk Anak-Anak Sempena Cuti Sekolah
Menu ni kalau buat gerenti anak-anak suka.Ia mudah, cepat dan anak-anak pasti akan makan.Nutrisi pun boleh kata seimbang. Kalau nak sihat lagi, gunakan ayam tidak terproses.Bila makan rangup nugget bersatu dengan timun dan kulit wrap pun sedikit rangup, memang puas hati makan. Dalam tetap juicy.Wrap ni tak mudah terburai.
Syaratnya isi jangan basah sangat dan ikuti tip yang dikongsi.Ini tip macam mana nak elak wrap terburai.
Wrap Nuget Ayam
Bahan-bahan: 2 orang makan
- 2 keping kulit wrap
- 4 biji nugget Ayam
- 1 batang timun kecil
- 4 biji tomato ceri
- 2 sudu besar mayonis
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar mentega kacang
Cara membuat:
1.Nugget ni kita masak dalam airfryer sahaja. 5-10 minit suhu 180-200°C,
terbalikkan, dan ulang satu pusingan lagi. Agak-agak sampai nugget tu benar-benar masak.
2.Sementara nak tunggu nugget masak, kita potong sayur-sayuran.Sayur yang lazimnya saya letak adalah timun, tomato, romaine lettuce, kerana sayuran ni tak pahit.Anak-anak akan makan.
3.Nugget ayam yang dah masak perlu di potong dadu atau jejari macam ni. Kalau tak potong sukar nak balut wrap kita nanti.
4.Sapukan mentega kacang. Saya letak mentega kacang agar nanti sayur dan nugget tu tak mudah jatuh semasa hendak dimakan.Isi akan melekat pada wrap. Itu trik agar makan dan berkecah.
5.Susun cebisan nugget dan sayur-sayuran di atas mentega kacang.InsyaAllah masa balut pun nanti, isi wrap ni akan duduk diam, tak menggelongsor ke sana ke mari.
6.Letak mayonis dan sos cili. Kalau ada sos keju, boleh letak.Kalau nak letak gajah pun pun dipersilakan. Kalian yang nak makan,kan? Letaklah apa yang kalian suka.
7.OK balut. Calit sedikit hujung wrap tu dengan mentega kacang sebagai pelekat.
8.OK, belum siap. Ada lagi langkah yang kita belum buat. Kalau makan sekarang,
kulit wrap ni masih mudah terburai keluar isi perut dia. Jadi kita lakukan langkah kontigensi.
9.Masukkan semula dalam airfryer. Pastikan bahagian yang bertindih tu, menghadap ke bawah.Kalau hadap atas, masa kita airfry, dia akan ternganga. Airfry 200°C untuk 3-4 minit.
10.Terbalikkan. Ulang lagi 3-4 minit atau sampai ada kerangupan sedikit pada kulit wrap.
Bila dah rangup sikit, maka ia tak akan terbuka dah. Bentuk dia dah tetap.
11.Dah siap. Saya ada tambah sedikit lagi sayur dan sos itu atas bukaan wrap tadi supaya lebih penuh,meriah dan menyelerakan. Hidanglah dengan apa-apa sos kesukaan kalian. (Jangan sos tiram)
Kredit:Kamarul Ariffin Nor Sadan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source