Resipi Kek Masam Manis Kukus Paling Mudah, Sedap & Tak Banyak Bahan
Kek Lapis Masam Manis Kukus sememangnya antara kek yang digemari ramai tidak kira tua atau muda. Kek lama yang satu ini sememangnya punya ramai peminat.
Kombinasi rasa yang seimbang antara manis dan masam, menjadikan ia tidak muak dimakan. Malah teksturnya yang lembut dan rasa yang enak menjadikan kek ini tidak jemu untuk dinikmati. Warnanya juga menarik maka tidak hairanlah kek ini sesuai dijadikan buah tangan untuk sebarang majlis keraian.
Nak belajar buat kek ni secara homemade? Resipi perkongsian dari saudari Lieya Saad ini antara yang terbaik dan mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT KEK LAPIS KUKUS MASAM MANIS YANG SANGAT MUDAH, SEDAP & TAK BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur (sejukkan dalam peti sejuk)
2 cawan tepung kek – beli online disini
1 1/2 cawan gula halus – beli online disini
100ml minyak masak
150ml susu cair – beli online disini
1 sudu kecil serbuk penaik – beli online disini
1 sudu besar ovalette – beli online disini
1 sudu kecil esen vanilla – beli online disini
Pewarna pilihan – beli online disini
Asam Haw Flakes secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Putar telur, gula, ovalette dan serbuk penaik sampai kembang.
2. Selepas itu masukkan esen vanilla dan pukul seketika.
3. Masukkan minyak dan pukul sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung kek yang diselang seli dengan susu cair. Kacau hingga sebati.
5. Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian dan warnakan ikut warna kesukaan anda.
6. Panaskan kukusan dan sapukan loyang dengan minyak.
7. Ambil 5 sudu besar adunan ratakan dan susun asam.
8. Kukus selama 5 atau 7 minit. Lapiskn lagi warna yang berlainan susun asam dan ulang sehingga habis.
9. Untuk lapisan terakhir biar kukus lama sikit supaya kek betul-betul masak.
INFO: Pastikan kek betul-betul sejuk baru dipotong supaya dapat hasil yang cantik bila dipotong.
Kredit resipi & foto: Lieya Saad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source