Bermula Tanpa Sengaja, Kini Balloon N Party Suppplies Seronok Lihat Orang Gembira Dapat Suprise!
Nak buat orang gembira tak susah. Selain menzahirkan melalui kata-kata, bila kita buat kejutan pun dah boleh membahagiakan mereka. Tidak dinafikan banyak bisnes servis kejutan yang ada di pasaran tetapi kita perlu bijak untuk mencari yang terbaik, kita pun akan rasa puas hati!
Salah satu perniagaan servis kejutan ini adalah Balloon N Party Supplies. Mereka lebih fokus kepada servis kejutan berasaskan belon dan turut menawarkan perkhidmatan dekorasi yang menarik.
Kalau dilihat di Instagram, banyak pilihan dekorasi menggunakan belon yang boleh Cik Nina dan team lakukan. Satu kelainan kerana biasanya orang sukakan bunga segar mahupun coklat, tetapi Balloon N Party Supplies memilih sesuatu yang berbeza. Paling penting, unik dan cantik!
Suka Tengok Orang Gembira Dapat Kejutan
Menurut Pengarah Balloon N Party Supplies, Cik Nina Azalina Abdul Razak atau mesra disapa sebagai Cik Nina, perniagaan ini bermula secara tidak sengaja. “Saya bekerja dalam bidang akaun dan kewangan, tapi jauh di sudut hati nak buat sesuatu yang boleh menggembirakan orang lain.
Secara tak sengaja, saya cuba-cuba buat bisnes servis kejutan ni. Bila lihat reaksi orang yang mendapat kejutan tu, buat saya pun rasa seronok.”
Tambah Cik Nina lagi, segala rasa penat hilang apabila dapat melihat seukir senyuman di wajah seseorang yang diberi kejutan. Pada ketika itulah Cik Nina membuat keputusan untuk serius dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan Balloon N Party Supplies.
Bertapak Di Pasaran Sejak 2016
Ketika ditanyakan sejak bila perniagaannya ditubuhkan, Cik Nina memberitahu dia bermula sejak 2016. Biarpun mengambil masa untuk stabil dan banyak cabaran yang perlu ditempuhi, dek kerana minat Cik Nina terus cekal berusaha untuk memantapkan perniagaannya.
“Memang banyak cabarannya. Kalau nak bercerita tentang modal juga banyak yang perlu saya keluarkan. Selain itu, berkorban masa dan tenaga, demi untuk memajukan bisnes bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat. Namun demi mengekalkan perniagaan ini yang juga sudah menjadi minat, saya perjuangkan segalanya.
Alhamdulillah, saya dikurniakan keluarga dan rakan-rakan yang sangat supportive dan sentiasa menjadi tulang belakang. Bukan mudah nak berniaga, hati kena kental. Semangat pun kena berkobar-kobar, barulah setiap usaha membuahkan hasil.”
Banyak Pilihan Menarik Untuk Buat Kejutan
Selain menjadikan belon sebagai material utama untuk menghasilkan dekorasi istimewa, perniagaan Cik Nina juga mempunyai beberapa pilihan lain sekiranya ada pelanggan yang mahu mengatur kejutan buat insan tersayang.
Balloon & Party Supplies boleh menyediakan penghantaran serta dekorasi kejutan untuk pelbagai acara seperti majlis hari jadi, ulang tahun, lamaran, pengumuman jantina bayi, graduasi dan macam-macam lagi.
“Kami boleh buat dekorasi di rumah, hotel, dewan atau restoran. Selain menggunakan belon, kami juga banyak membuat dekorasi dengan bunga segar bagi menaikkan seri. Selain itu, kalau ada pelanggan yang berhasrat untuk buat on the go suprise, boleh pilih set minum petang. Pakej ini dah termasuk dengan makanan dan belon.”
Selain itu, Cik Nina juga turut memberitahu ada sesetengah pelanggan yang mahukan jambangan bunga yang tahan lama. Sekiranya ada, Cik Nina akan menyarankan pelanggan untuk memilih bunga sabun yang lebih tahan lasak serta wanginya juga akan berkekalan. Untuk kelainan, pelanggan boleh memilih jambangan bunga yang dibuat daripada belon.
Kuasa Membeli Makin Kurang Jadi Cabaran
Menjawab persoalan tentang kesukaran yang dialami sepanjang berniaga, Cik Nina menjelaskan salah satunya adalah kuasa membeli yang semakin berkurangan. Memandangkan ekonomi negara masih belum stabil sepenuhnya, semakin ramai yang berfikir dua kali sebelum membelanjakan wang mereka.
“Kita kena faham pasaran sekarang. Bukan saja pesaing yang banyak, tetapi juga cabaran ekonomi hari ini membuatkan ramai orang yang tak mahu habiskan duit untuk bisnes servis kejutan macam Balloon N Party Supplies. Itu bukan salah mereka, sebab itulah pengusaha seperti saya perlu bijak merancang pelan pemasaran supaya kami masih menjadi pilihan.
Bercerita tentang rasa down, dah tentu ada. Bagi saya, tak salah untuk kita ambil masa untuk berehat seketika sebelum kita bangkit dan berjuang semula. Dengan izin Allah SWT, setiap yang berusaha akan ada hasilnya kalau kita selalu bersangka baik dengan setiap ujian yang datang.”
Bangga Mampu Ada Kedai
Tidak menafikan kesukaran untuk terus bertahan dalam bisnes servis kejutan, Cik Nina kini mampu berbangga dengan pencapaiannya. Kalau dahulu dia memfokuskan bisnes di atas talian, kini dirinya sudah ada kedai untuk menjalankan perniagaannya.
“Kalau dahulu saya memang berniaga atas talian. Semua tempahan disediakan di rumah sebelum dihantar kepada penerima. Kesukarannya bila ada tempahan dalam skala besar, memang tak muat nak buat di rumah.
Syukurlah, hasil kerja keras bersama team Balloon N Party Supplies, saya kini boleh berbangga bila berjaya buka sebuah kedai. Sekarang ni tak ada masalah untuk penuhi permintaan pelanggan, sebab kami ada ruang yang luas untuk menyiapkan semua tempahan.”
Mahu Lebih Maju & Buka Cawangan Lain
Wanita berusia 35 tahun ini juga bersemangat ketika ditanyakan tentang perancangan masa depan Balloon N Party Supplies. Katanya, dia memasang hasrat untuk membuka lebih banyak cawangan lain di sekitar dalam dan luar Selangor.
“Dengan cara ini bisnes dapat dikembangkan dan lebih ramai yang akan nampak potensi perniagaan saya. Biarpun perniagaannya saya ni memfokuskan kepada perhiasan belon, tapi kami sentiasa berusaha untuk menampilkan kelainan dan terbuka dengan sebarang teguran untuk menjadi lebih baik.
Semoga impian saya menjadi kenyataan, mana tahu dengan tercapainya keinginan saya ini dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada ramai orang. Untuk berjaya dalam bisnes, kena rajin dan jangan berhenti belajar. Terimalah pandangan oang dan jangan mudah berputus asa,” akhiri Cik Nina.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang servis serta pakej istimewa yang ditawarkan Balloon N Party Supplies, boleh klik SINI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source