Puding Roti Karamel Sedap, Ikut Resipi Mudah Ni Pasti Jadi
Bubur merah bubur putih, satu lagi makanan tradisi bagi rakyat Johor. Lazimnya, bubur ini akan dibuat sebagai meraikan hari kegembiraan tanda kesyukuran.
Sebagai contoh, ketika meraikan hari ulang tahun kelahiran. Bubur merah bubur putih inilah yang akan dimasak untuk meraikannya. Sudah menjadi tradisi juga bubur ini dibuat dalam kuantiti yang besar dan diagih-agihkan kepada saudara mara dan jiran-jiran.
Jom ikuti perkongsian resipi daripada Ani Zam untuk menghasilkan bubur putih bubur merah yang enak sempena meraikan hari ulang tahun bondanya yang ke-81 tahun.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras biasa
1 cawan beras pulut – Boleh beli online di sini
1 kotak santan Kara – Boleh beli online di sini
10 cawan air putih
2 cawan gula merah – Boleh beli online di sini
1 cawan gula putih
1 sudu kecil garam – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Campurkan beras biasa dan beras pulut lalu dibasuh bersih. Kemudian, masak hingga menjadi bubur.
Masukkan santan kotak ke dalam bubur yang telah dimasak tadi. Masak lagi hingga mendidih.
Asingkan satu mangkuk untuk bubur putih dan letakkan satu sudu kecil garam ke dalamnya.
Masak pula gula merah dan gula putih di dalam periuk lain. Kemudian, tapis dan masukkan ke dalam baki bubur tadi.
Kacau hingga bubur benar-benar berwarna sekata.
Cara untuk menghidangkannya. Ambil bubur merah dan letakkan ke dalam pinggan. Kemudian, letakkan pula bubur putih di atas bubur merah tersebut.
Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba.
Kredit: Ani Zam
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Bibimbap, Menu Nasi Campur Korea Wajib Cuba Buat Pencinta Sayuran
Pati Sirap Fanta Hijau, Ingat Lagi Air Popular Satu Ketika Dulu?
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source