“Semak sistem, Nasi Ayam Claypot ‘viral’ memang tiada sijil Halal”
Baru-baru ini, sebuah restoran yang menghidangkan nasi ayam ‘claypot’ di Sri Petaling menjadi tular kerana merupakan satu-satunya kedai makan halal menjual makanan tradisional kaum Cina itu.
Bagaimanapun, timbul dakwaan mengatakan restoran masakan berasaskan periuk tanah liat milik muslim itu dijalankan oleh sepasang suami isteri selama 28 tahun menggunakan bahan tidak halal ke dalam nasi ayam.
Kebanyakan pihak mendakwa tukang masak itu menggunakan arak beras sebagai salah satu bahan dalam masakan. Penularan video tersebut telah menimbulkan kerisauan di kalangan warganet kerana kebanyakkan pelanggan yang pergi ke kedai terbabit adalah beragama Islam.
@mawarninamli Saya terpaksa buat video ni sebab ramai sangat orang yang tak tahu hujung pangkal cerita, tak baca, tak cari, tak study, tak reasearch dan terus kecam, caci, maki saya di komen sana sini,di vtt saya yang takde kaitan dan di inbox saya. oleh sebab ramai yang datang tiktok saya sebab nak kecam saya, saya buat video ini untuk menerangkan. maafkan saya jika saya tersilap pandang, tersilap faham. saya kongsi sebab saya peduli. kalau betul pakcik tu dah tukar, baguslah. seterusnya tuntutlah penjelasan dari pakcik tu. bukan saya. kedai dalam video home live asia adalah kedai yang sama sekarang. alamat yang sama. bukan kedai lama dia bekerja di good tea restoran. itu sajalah saya nak share. namun semoga kita semua lebih alert dan menjaga makan minum kita supaya halalan toyyiban. maafkan salah silap saya. saya tak pernah nak amek peduli pun isu² viral sebelum ni. Tapi ntah Allah gerakkan hati saya untuk komen di salah satu video tiktoker yang buat review dan mengundang kecaman. memang saya delete komen saya, saya tutup komen tiktok saya, sebab saya malas nak serabut orang kecam tanpa usul periksa. apapun, semoga video ini membuatkan anda faham dan jelas isu sebenarnya. terima kasih. #sripetaling #halalclaypot #ricewine #halalfoodies #CapCut
♬ original sound – Bonda Kacang | Wanys Snacks – Bonda Kacang | Wanys Snacks
Terbaharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan di Facebook miliknya hari ini menegaskan restoran tersebut bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.
Jakim berkata, hasil semakan mereka melalui Portal Halal Malaysia, ia jelas memaparkan premis berkenaan tidak pernah menerima sijil Halal.
“Ketika ini ditularkan melalui media sosial berkenaan dengan status halal sebuah premis makanan di Sri Petaling yang menggunakan Rice Wine dalam masakan. Isu ini telah menimbulkan keresahan di kalangan pengguna Muslim yang mengunjungi premis tersebut.
“Berdasarkan kepada semakan melalui Portal Halal Malaysia, premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah dan pihak JAKIM tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis tersebut,”menurut kenyataan.
@chamais_ 📍 Restoran Ahmad Muzakin, Sri Petaling KL Kalau skroll social media selalu terliur tengok non-muslim makan Nasi Ayam dalam Claypot macam ni. Sekarang ni tertunai mengidam bila jumpa Nasi Ayam Claypot versi Halal yang diusahakan pasangan Melayu-Muslim ni. Nasi terlerai molek & sedapp! 😋😋 #chamais #mychamais #foodie #myfoodie #nasiayamclaypot #nasiayam #halal #makananmalaysia
Tambahnya, pengguna Muslim dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makana yang mereka ingin kunjungi terutamanya ‘pantang’ mendengar sesuatu tempat makan menarik.
Mereka dinasihati untuk melayari Portal Rasmi Halal Malaysia di https://www.halal.gov.my/v4/ atau membuat semakan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal bagi mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM.
Sumber: FB Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source