Nazri mahu anak muda sedar kepentingan mengundi
MUAR: Nazri Abdul Rahman daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi kerusi DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan mengundi.
Beliau berkata, perkara itu akan menjadi antara tugas pertamanya selepas dipilih sebagai wakil rakyat memandangkan ketika PRK Simpang Jeram yang berakhir semalam, tidak ramai anak muda dilihat keluar mengundi.
Katanya, beberapa program dirancang untuk anak muda kawasan berkenaan seperti acara sukan dan rekreasi melibatkan pelbagai kaum, akan dilaksanakan sebaik sahaja beliau selesai mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di situ.
“Kita di sini (DUN Simpang Jeram) juga akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi melaksanakan program yang sesuai terutama bagi mereka yang pertama kali mengundi iaitu pengundi 18 tahun.
“Pemahaman kepada golongan muda ini untuk mengundi dan memilih pemimpin yang mampu bekerja untuk mereka adalah satu perkara yang penting,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Jalan Sakeh dan Batu 3 Bakri.
Nazri yang juga timbalan ketua Amanah Bakri memenangi kerusi DUN Simpang Jeram dengan majoriti undi 3,514 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional Dr Mohd Mazri Yahya dan bebas S Jegananthan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source