“Punyalah seram & sedih” -Caprice jemput Mondy Tatto datang ‘podcast’
TikToker dari Indonesia, Mondy Tatto yang pernah tular dibantu seorang personaliti dakwah Malaysia kembali menjadi sorotan netizen di kedua-dua negara apabila tampil tidak bertudung semula di media sosial miliknya.
Difahamkan, dia yang sudah bernikah telah kembali ke negara asal dan perkembangannya selepas dibantu oleh personaliti dakwah berkenaan juga seakan tiada sehingga berita dia membuka tudung kembali menjadi perbualan.
Susulan daripada itu, influencer terkenal, Caprice telah berkongsi satu video sedutan daripada podcast terbaru yang bakal dimuat naik ke YouTube dengan menampilkan Mondy.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat yang wanita berusia awal 20an itu menangis sambil ditenangkan oleh isteri Caprice, Farra Inalis.
Dalam kapsyen yang dinyatakan, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli menyatakan seperti ada sesuatu yang seram dan sedih bakal didedahkan oleh Mondy.
“Punya lah seram dan sedih…the Mondy interview otw,” tulis Caprice ringkas.
Dalam pada itu, di TikTok Mondy, dia telah memuat naik semula posting Insta Story Caprice meminta netizen meneka-neka siapakan individu yang dimaksudkan di dalam podcast berkenaan.
Ujarnya, Allah S.W.T tidak tidur dan semua yang berlaku pasti akan ada jalan keluar.
@mondy_tatto siapa ?bisa tebak? allah tak tidur semua akan ada jalan keluar nya 🤗#tiktok #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #mondytatto #beranda #voiceeffects #hijrah #caprice
Perkara tersebut telah menghadirkan pelbagai komen daripada netizen terutamanya di Instagram Caprice. Rata-rata mereka seakan sudah tidak sabar dengan ‘berita panas’ melalui podcast yang bakal dikongsikan influencer berkenaan tidak lama lagi.
Namun begitu, ada juga yang meminta agar tidak terlalu mempercayai wanita berkenaan kerana melihat dari penampilan serta perkongsian-perkongsian yang dimuat naik di media sosial sejak viral tempoh hari.
Untuk rekod, kisah Mondy pernah tular di media sosial apabila dibantu oleh seorang personaliti dakwah Malaysia sewaktu tidur beralaskan kotak di Jakarta.
Tak lama selepas itu, dia telah menukar penampilan dengan berjubah dan bertudung litup serta datang ke Malaysia.
Dia juga turut menjual sambal secara atas talian bersama personaliti dakwah berkenaan dan ditonton ribuan orang di aplikasi TikTok sebelum pulang ke Indonesia.
Sumber: TikTok Mondy Tatto, Instagram Caprice
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source