Terlepas hukuman mati, bekas kakitangan penjara dipenjara kerana miliki dadah
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun enam bulan beserta 10 sebatan ke atas seorang bekas kakitangan tentera selepas dia mengaku bersalah memiliki ganja lapan tahun lepas.
Abdul Salam Zainal Abidin, 46, dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah, tetapi tuduhan dikurangkan kepada pemilikan susulan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Hanipah Farikullah memerintahkan hukuman penjara Salam bermula dari 16 Jun 2015, iaitu tarikh dia ditangkap.
Hanipah, yang bersidang bersama Nazlan Ghazali dan Azmi Ariffin, menjatuhkan hukuman itu susulan penghujahan mengenai tempoh pemenjaraan yang akan dikenakan.
Terdahulu, peguam bela Amer Hamzah Arshad memaklumkan kepada panel hakim bahawa representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk pengurangan tuduhan telah diterima oleh pihak pendakwaan.
Timbalan Pendakwa Raya Khusairy Ibrahim mengesahkan perkara itu.
Pada 18 Sept 2019, Mahkamah Tinggi Alor Setar menjatuhkan hukuman mati ke atas Abdul Salam selepas dia didapati bersalah mengedar 517g ganja.
Salam, seorang kakitangan penyelenggaraan di sebuah kem tentera, melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Sungai Petani kira-kira 9.50 malam pada 16 Jun 2015.
Susulan penerimaan representasi, dia mengaku bersalah hari ini atas tuduhan pemilikan dipinda, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan minimum mandatori 10 sebatan rotan yang ditetapkan oleh undang-undang.
Amer mencadangkan hukuman penjara antara lapan dan 10 tahun, yang akan membolehkan Abdul Salam bebas selepas mengambil kira remitan satu pertiga yang lazimnya diberi atas kelakuan baik.
Khusairy bagaimanapun mencadangkan hukuman penjara antara 10 dan 13 tahun untuk mencerminkan trend hukuman semasa bagi kesalahan itu.
“Tertuduh tidak boleh dibawa balik ke penjara (selepas dibebaskan) untuk disebat,” katanya.
Mengakui bahawa hukuman sebat itu perlu dilaksanakan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun enam bulan beserta 10 sebatan ke atas Salam.
Mahkamah turut membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman mati.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source