Rahsia Kecantikan ‘Baby Face’ Sweet Qismina Terbongkar Jua Bersama Bobbi Brown, Jom Tiru!
Ramai yang syerkan kisah berjaya kurus di media sosial selepas tidak makan nasi berbulan-bulan. Kata pengamalnya, mereka cuma lebihkan lauk dari nasi. Kesannya, berat badan turun mendadak.
Betul ke tanpa makan nasi atau menolak sebarang karbohidrat dalam badan boleh kurus dengan cepat?
Sebelum cuba-cuba nak kurus sangat tanpa ketahui risikonya, baca diet sihat yang diajar oleh pegawai dietetik U44, Puan Rafidah Othman dari Pusat Perubatan Universiti Malaya ini.
Katanya, kekurangan karbohidrat dalam tubuh boleh merisikokan fungsi otak. Karbohidrat sangat penting kerana ia sumber tenaga utama kepada tubuh. Kenapa tubuh perlukan kesimbangan tanpa perlu menolak karbohidrat yang dikatakan mampu menggemukkan seseorang.
Menurut Puan Rafidah, sebelum ini ramai yang membicarakan tentang diet Atkins. Ia cukup popular untuk kembali kurus dan ramai yang mengamalkannya. Ramai yang bercakap dan berkongsi ciri-ciri dan idea yang diilhamkan daripada buku “Dr Atkins – New Diet Revolution”.
Ciri-ciri diet Atkin yang diilhamkan oleh pengasasnya iaitu Dr Robert Coleman Atkins iaitu seorang doktor pakar jantung ialah diet yang sangat rendah kandungan karbohidrat tetapi tinggi kandungan protein serta pengambilan lemak adalah bebas.
Saranan Diet Malaysia menggariskan panduan pengambilan makanan yang seimbang iaitu mengambil 55-60% karbohidrat, 15-20% protein dan 30% lemak daripada jumlah kalori tenaga dalam sehari.
Pengambilan diet yang tidak seimbang iaitu jumlah karbohidrat yang sedikit mengakibatkan kekurangan kalsium, serat, antioksidan dan phytonutrien manakala jumlah lemak, lemak tepu dan kolesterol pula akan berlebihan.
Perbandingan telah dilakukan di antara peratusan kalori daripada lemak di mana didapati diet tinggi protein, rendah karbohidrat ini mengandungi 60% kandungan tenaga daripada lemak manakala diet seimbang hanya 30%.
Jumlah kolesterol juga lebih tinggi iaitu 1000mg kolesterol diambil daripada diet ini berbanding hanya 300mg oleh diet seimbang di dalam satu hari. Maka tidak hairanlah kenapa diet tinggi protein dan rendah karbohidrat ini mempunyai kaitan rapat dengan penyakit jantung.
Kebanyakan pengamal diet ini berpendapat bahawa dengan mengelakkan pengambilan karbohidrat, tubuh badan akan mula menggunakan lemak simpanan di dalam badan sebagai sumber tenaga utama seterusnya menyebabkan penurunan berat badan yang mendadak tanpa perlu melakukan senaman yang berkala.
Pentingnya karbohidrat dalam badan
Jelas Puan Rafidah, karbohidrat adalah sumber tenaga yang utama di mana tubuh badan akan menggunakan karbohidrat terlebih dahulu sebelum menggunakan lemak dan otot sebagai sumber tenaga.
Tanpa kehadiran karbohidrat sebagai sumber tenaga utama, lemak akan digunakan seterusnya bahan keton akan terhasil akibat daripada metabolisme lemak asid. Keton yang hadir di dalam urin ini menunjukkan yang tubuh badan sedang menggunakan lemak sebagai tenaga dan ini menunjukkan yang tubuh badan sedang “kebuluran”.
Di antara simptom paras keton yang tinggi ialah dahaga, kerap kencing, dehidrasi, loya, muntah, nafas berbau, penglihatan terganggu serta boleh juga mengakibatkan kekeliruan pada otak. Ini adalah kerana kesan toksin akibat paras keton yang tinggi dan asid telah berkumpul di otak.
Pengambilan protein yang tinggi pula akan memberikan rasa kenyang serta kepuasan semasa makan. Harus juga diingatkan bahawa sekiranya peratusan pengambilan protein adalah berlebihan daripada saranan Panduan Dietari Malaysia, ianya boleh menyumbang kepada peningkatan paras asid urik seterusnya boleh mengakibatkan serangan gout.
Paras asid urik kebiasaannya meningkat pada individu yang mengalami penurunan berat badan secara drastik tanpa melakukan senaman yang berkala. Senaman berkala yang dilakukan bersama penurunan berat badan boleh mengelakkan serangan gout.
Selain itu pengambilan protein yang berlebihan juga adalah berbahaya kepada pesakit diabetes serta pesakit buah pinggang tanpa dialisis. Ini kerana ianya boleh mempercepatkan proses penyakit buah pinggang tersebut.
Sesetengah produk pelansingan yang juga menggunakan konsep yang sama pula menambahkan bahan-bahan aktif bagi merencatkan selera makan dan rasa lapar serta meningkatkan kadar pembakaran lemak.
Sebagai contoh, Garcinia Cambogia dan Hoodia Gardoni boleh mengurangkan selera makan manakala Guar Gum meningkatkan rasa kenyang serta L-Carnitine membantu pembakaran lemak.
Tanpa perlu membayar lebih, kita sebenarnya boleh mempercepatkan rasa kenyang dengan mengambil lebih serat daripada sayur-sayuran, buah-buahan serta produk milpenuh. Kadar metabolisma asas pula boleh ditingkatkan oleh pengambilan sesetengah bahan semulajadi seperti inulin serta dengan melakukan senaman dan aktiviti fizikal yang berkala.
Tak kisahlah kurus atau berisi, yang penting sihat. Ya tak?
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source