Cinta makin mekar, Fasha Sandha romantis ‘berendam bersama’ suami
Nama aktres jelita, Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan tidak lekang menjadi bualan warganet setiap kali berkongsi video atau foto memaparkan penampilannya tidak manis dipertontonkan kepada khalayak ramai selepas berjaya menurunkan berat badan.
Memulakan kerjaya sebagai anak seni seawal usia 18 tahun, ibu kepada tiga cahaya mata ini kembali meraih perhatian selepas berkongsi sebuah video bersama suaminya, Aidil Aziz yang juga seorang aktor di platform Instagram miliknya, hari ini.
Lebih 20 tahun dalam dunia hiburan, hantaran Fasha yang dilihat romantis ‘mandi bersama’ suami jelas menggambarkan hubungan percintaan mereka berdua semakin utuh dan mekar meskipun diuji dengan pelbagai dugaan hidup berumah tangga.
Dalam hantaran yang sama, Fasha turut meletakkan tarikh 16 September 2023 seakan menggambarkan sesuatu menarik bakal berlaku tidak lama lagi.
“My forever love, Aidil Aziz. Coming soon 16.9.2023,”tulisnya ringkas berserta tarikh.
Bagaimanapun, perkongsian kebahagian pelakon filem Anak Mami Kembali ‘diranapkan’ dengan komen-komen negatif warganet yang dilihat tidak sebulu dan sependapat dengan tindakannya memuat naik video berkenaan di media sosial untuk tatapan umum.
Ramai di kalangan mereka meluahkan rasa sedih dan terkilan selepas melihat aksi mesra yang ditunjukkan oleh pasangan selebriti itu dibiarkan ‘tersaji’ dengan mudah di media sosial.
Malah, ada juga turut mempersoalkan tujuan aktres berusia 39 tahun ini memuat naik video pendek yang memaparkan aksi mesra mereka berdua sebagai suami isteri di media sosial.
Masing-masing meluahkan rasa kecewa apabila melihat ‘perubahan’ terkini hantaran yang dikongsikan di media sosial Fasha Sandha.
Sedar menerima banyak komen negatif, Fasha meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai terutama di kalangan peminat kerana sudi memberi teguran buat dirinya.
Dalam pada itu, Fasha turut memperbetulkan ‘tuduhan’ netizen dan menegaskan dirinya tidak pernah memadam sebarang gambar atau memori bersama bekas suami terdahulu, Rizal Ashram di media sosial miliknya.
Sumber: Instagram @fashasandha
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source