Kenapa Tak Boleh Pergi Tempat Yang Dilaknat Allah S.W.T
Kita mungkin tak tahu yang kita jejakkan kaki ke tempat yang dilaknat oleh Allah SWT.
Namun, hukum melawat tempat tersebut ialah makruh dan kita perlu elakkan atau sekadar lalu untuk ambil pengajaran mengapa ia dilaknat Allah. Ada juga pandangan ulama yang kata hukum untuk ziarah tempat tersebut ialah haram.
Rasulullah SAW pernah bersabda ketika dalam perjalanan ke Tabuk melalui kawasan al-Hijr (negeri kaum Thamud yang dimusnahkan Allah) bersama Rasulullah SAW.
Baginda bersabda: “Jangan kalian masuk ke negeri kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yang akhirnya dilaknat Allah) melainkan dalam keadaan menangis bimbangkan azab yang pernah menimpa mereka akan turut menimpa kalian.” Kemudian baginda melajukan pergerakannya meninggalkan tempat itu.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apa tempat-tempat yang dilaknat Allah ni?
Madain Saleh dan Al-Ula
Mengikut rekod kaum Assyria di Mesopotamia, dikatakan kaum Arab Tsamud pernah membina penempatan di Madain Saleh dan Al-Ula.
Menurut Al-Quran, kaum Thamud amalkan ajaran pagan kemudian Allah S.W.T memerintahkan Nabi Saleh (as) pergi berdakwah di Al-Ula.
Kebanyakan orang Thamud endahkan dakwah Nabi Saleh (as) kemudian Allah memberikan bencana kepada yang ingkar kecuali mereka yang menerima dakwah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Namun apa yang ada disana hari ini ialah tinggalan-tinggalan prasejarah kerajaan kuno Arab seperti kerajaan Dadan, Lihyan, dan Nabatean. Langsung tiada tinggalan daripada kaum Thamud di tempat tersebut.
Iram
‘Atlantis Padang Pasir’ atau wilayah yang tercatat di dalam Al-Quran dengan sebutan Iram Bertiang-Tiang Tinggi.
Dalam al-Quran, Iram dikatakan sebagai sebuah kota yang penuh dengan bangunan-bangunan tinggi dan didiami oleh kaum Ad yang berpaling daripada Allah dan menjalani kehidupan yang penuh maksiat.
Nabi Hud (as) diutuskan kepada mereka namun penduduk Iram bermusuhan dengan baginda dan enggan mendengar ajaran Nabi Hud. Kaum Ad pun dihukum dan ribut pasir membadai kota mereka selama tujuh hari tujuh malam. Akhirnya, kota Iram lesap di bawah padang pasir, bagaikan tidak pernah wujud.
Laut Mati
Umat Nabi Luth (as) dihancurkan akibat melakukan hubungan seksual dengan sesama jenis atau homoseksual.
Walaupun sudah diingatkan oleh Nabi Luth, namun umatnya tak nak ikut perintah Allah SWT hinggakan ditimpa azab yang sangat pedih.
Berdasarkan penerangan cendekiawan Islam, Kota Sodom dan Gomorrah terletak di Laut Mati, di sempadan antara Israel dan Jordan.
Berdasarkan penemuan ahli arkeologi, mereka menyatakan sekitar 1,800 hingga 2,350 Sebelum Masihi, terdapat kehidupan di tempat berkenaan dan kehidupan itu mati akibat gempa bumi dan ditimpa dengan batu-batu.
Oleh: Azizul Farhan
___
Seharusnya, kita perlu ambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa berkenaan dan gementar tentang azab Allah SWT. KITAB TAMADUN ISLAM turut memuatkan keadaan berkenaan akhir zaman memberi gambaran fitnah-fitnah dajal yang amat dahsyat.
bit.ly/ktislam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source