Tolak Tawaran Kontrak $40 Juta, Lisa BLACKPINK Enggan Bekerjasama Lagi Dengan YG Entertainment?
Di sebalik ramai yang melihat remaja sebagai golongan yang perlu diberi perhatian, kasih sayang dan memahami diri mereka, timbul beberapa pertanyaan yang harus mak ayah fikirkan bersama.
Pendedahan dari Mohd Fairuz Bin Abu atau nickname di FBnya sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkongsi bagaimana berdebarnya jantung beliau apabila dia datangi dua orang remaja yang mengajukan soalan “ kalau kita pernah rasa nak keluar dari agama Islam, berdosa tak?”.
Apa yang harus mak ayah tangani akan isu ini, sentiasalah berbual dengan anak-anak untuk kita lebih memahami mereka. Buat rakan sebaya pula, kalau ada kawan-kawan yang dilihat “ada sesuatu tidak kena”, bantulah mereka dengan memberi nasihat yang baik untuk kita sama-sama menuju Jannah Allah.
Baca perkongsian darinya yang digelar Brother Fairuz #TukangCeramahBudak-Budak
Lepas sahaja habis program, 2 orang pelajar perempuan menghampiriku. Salah seorang dari mereka berkata, “Bro, saya nak tanya satu soalan boleh?”
Aku menoleh ke arahnya. “Boleh. Inshallah. Apa yang bro boleh bantu ya?” Dari raut wajah, jelas kelihatan mata keduanya bengkak. Barangkali menangis teresak-esak ketika slot disampaikan.
Salah seorang dari mereka menarik nafas dalam-dalam. Nampak benar soalan itu berat untuk diluahkan. Aku biarkan sahaja. Beri masa.
“Err.. Nak tanya, kalau kita pernah rasa nak keluar dari agama Islam, berdosa tak?”
Allah. Berdebar jantung aku rasa saat ini. Rileks. Tenang. Fikir dalam-dalam apa yang harus aku jawab. Salah jawab, buruk padahnya. Apatah lagi, jelas kelihatan takungan air mata si penanya yang bakal tumpah bila-bila masa sahaja.
Aku pula yang tarik nafas dalam-dalam. Kemudian aku menjawab, “Jika ia hanya sekadar lintasan hati, Allah akan ampunkan. Bro yakin setiap dari kita pasti akan tertanya-tanya benar ke agama yang kita anuti ni. Betul ke Allah wujud.
Tapi percayalah, semua itu normal. Paling benting, bagaimana kita nak atasi ‘krisis’ yang ditimbulkan oleh suara hati ini.”
Beliau mendiamkan diri. Rakannya yang seorang lagi mendengar dengan tekun.
“Katakanlah, bisikan itu datang lagi. Bro cadangkan agar segera ingat Allah dan istighfar. Selagi mana kita terus bermain dengan perasaan, selagi itulah syaitan akan membisikkan rasa was-was dalam diri.”
Mereka ucapkan terima kasih. Tak tahulah aku andai jawapan itu menjawab pertanyaan mereka.
Sebenarnya, bukan sekali ini pelajar mengadu pada aku nak keluar agama. Dahulu, ada juga seorang remaja mengadu. Adik ini budak pandai, belajar sungguh-sungguh untuk hafal 30 juzuk Al-Quran.
Namun, ada satu soalan yang sering bermain dalam fikirannya, “Betul ke Allah tu wujud?”
Jika kita berhadapan dengan remaja sebegini, beri mereka harapan. Nasihat baik-baik. Jika tidak, hati mereka akan semakin jauh dari agama.
Tuan Puan, inilah cabaran anak kita hari ini. Bukan sekadar permasalahan sosial, bahkan asas akidah juga sering menjadi pertikaian dalam diri. Jika hal ini tidak selesai, maka anak ini akan membesar tanpa tahu tujuan ibadah yang dilakukan.
Itu tahan lagi. Paling saya risaukan andai mereka ini lawan agama atau declare Atheis atau nekad tinggalkan agama.
Kita yang ada anak-anak kecil, tanamkan dahulu asas akidah dalam diri mereka. Bagus ajar anak kecil solat, mengaji dan puasa. Tapi lebih molek andai diawalnya kita bentuk kepercayaan berTuhan dalam diri mereka.
Nampak awan, kata Allah yang cipta. Nampak kucing, cakap Allah yang ciptakan kucing. Bawa mereka piknik kat Janda Baik, cakap air sungai ni Allah yang bagi ia sejuk. Apa sahaja ciptaan alam ini, kita kaitkan kembali kepada Sang Maha Pencipta.
Kena mula dari awal. Jika kita langkau step ini, maka anak akan ikut sahaja ritual ibadah yang diajar oleh ibubapa atau gurunya di sekolah.
Jom jadi ibubapa yang awesome!
Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Belajar dan terus belajar.
SUMBER ;- Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source